Browse By Repository:

 
 
 
   

Reka Bentuk Dan Pembangunan Alat Pengasah Pisau

Mohd Johari, Ahmad Syahir 'Izzat (2016) Reka Bentuk Dan Pembangunan Alat Pengasah Pisau. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text
Reka Bentuk Dan Pembangunan Alat Pengasah Pisau - Ahmad Syahir 'Izzat Mohd Johari - 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (399kB)

Abstract

Pisau merupakan salah satu alat yang digunakan untuk memotong sesuatu benda. Pisau yang digunakan lama kelamaan akan menjadi tumpul. Mengasah pisau adalah proses untuk menajamkan pisau yang telah tumpul dengan mengasah mata pisau pada permukaan yang keras dan kasar contohnya batu asah. Sudut mengasah merupakan elemen penting dalam pembangunan alat ini di mana sudut yang terbaik bagi mengasah pisau dapur adalah di antara 15 hingga 20 darjah. Bagi pengguna yang pertama kali mengasah pisau, akan mengalami kesukaran untuk mengasah pisau menggunakan batu asah. Hal ini kerana, penggunaan teknik yang betul dalam proses ini adalah sangat penting dan sekiranya pisau yang diasah tanpa menggunakan cara yang betul sebaliknya akan menyebabkan pisau yang diasah akan menjadi lebih tumpul. Objektif utama projek ini adalah untuk mereka bentuk alat pengasah pisau yang mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu menggunakan kemahiran tertentu. Skop kajian projek ini hanya memfokuskan kepada jenis pisau dapur sahaja dan analisis statik berdasarkan Analisis Unsur Terhingga (FEA) dilakukan pada reka bentuk produk. Kaedah yang digunakan dalam mereka bentuk produk adalah dengan menggunakan prosedur piawai dalam Reka Bentuk Kejuruteraan. Empat reka bentuk konsep dijana daripada carta morfologi dan Kaedah Pemilihan Konsep Pugh digunakan dalam menentukan reka bentuk konsep yang terbaik. Di dalam fasa bentuk konfigurasi, reka bentuk konsep dibaiki dan penentuan komponen-komponen piawai dalam pembinaan produk seterusnya penentuan pemboleh ubah bagi produk seperti ukuran dimensi, jenis bahan dan sebagainya ditentukan di dalam fasa reka bentuk parameter. Analisis statik dijalankan di dalam fasa ini bagi menentukan faktor keselamatan produk berdasarkan keputusan analisis Von Mises Stress dan vektor anjakan bagi produk apabila dikenakan daya. Reka bentuk terperinci diperolehi pada akhir fasa reka bentuk ini. Pergerakan yang fleksibel pada komponen alat pengasah pisau membolehkan alat ini mengasah pelbagai jenis pisau dapur yang berlainan saiz dan berdasarkan nilai faktor keselamatan yang diperolehi iaitu 1.66, rekaan akhir alat pengasah pisau ini sesuai untuk diguna pakai dan dihasilkan menjadi produk dipasaran. Bagi menjadikan alat pengasah ini lebih pelbagai guna, cadangan untuk penambahbaikan pada beberapa komponen dan penciptaan fungsi yang baru pada alat ini perlu diketengahkan pada masa akan datang.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Sharpening of tools, Product design, Finite element method
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TS Manufactures
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 08 Jun 2018 01:22
Last Modified: 08 Jun 2018 01:22
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/20974

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year