Browse By Repository:

 
 
 
   

Membangunkan Dan Menganalisa Sistem Hidraulik Air Bertekanan Rendah

Fairuzradzi , Md Yusop (2008) Membangunkan Dan Menganalisa Sistem Hidraulik Air Bertekanan Rendah. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (24 pages)
Membangunkan_Dan_Menganalisa_Sistem_Hidraulik_Air_Bertekanan_Rendah-24_pages.pdf - Submitted Version

Download (2MB)
[img] PDF (Full Text)
Membangunkan_Dan_Menganalisa_Sistem_Hidraulik_Air_Bertekanan_Rendah-Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Pada masa sekarang bendalir hidraulik amat penting dalam menggerakkan mesin-mesin yang menggunakan sistem hidraulik. Pemilihan bendalir hidraulik ini adalah amat penting berikutan faktor-faktor yang melibatkan cara kerja dan juga suhu sekeliling. Atas sebab keselamatan alam sekitar dan untuk mengelakkan pencemaran, air menjadi satu alternatif yang amat kritikal kepada sistem hidraulik. Air sememangnya bersih, mudah dilupuskan dan tidak memberikan kesan sampingan terhadap alam sekitar. Secara tidak langsung atas desakan ini telah mewujudkan satu suasana untuk membangunkan sistem hidraulik air yang lebih efisien untuk kegunaan industri. Pada hari ini, sistem kuasa hidraulik yang menggunakan air bukanlah satu senario yang baru kerana terdapatnya komponen-komponen dan bahan – bahan yang dapat menampung kelemahan-kelemahan air sebagai bendalir hidraulik. Objektif utama adalah untuk menbangunkan dan menganalisa keberkesanan sistem hidraulik yang menggunakan air.Sesungguhnya kertas ini juga mengambil berat beberapa kriteria kritikal untuk kajian analisa tersebut antaranya seperti kadar alir yang tetap dan stabil, tekanan yang optimum untuk menjana kuasa dari bendalir hidraulik air tersebut.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Hydraulic fluids, Hydraulics engineering
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Rohana Hashim
Date Deposited: 28 Mar 2012 03:11
Last Modified: 28 May 2015 02:26
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/2078

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year