Browse By Repository:

 
 
 
   

Mereka Bentuk Sistem Pengumpulan Madu Kelulut Untuk Kegunaan SME

Mohd Izuwan, Ismail (2015) Mereka Bentuk Sistem Pengumpulan Madu Kelulut Untuk Kegunaan SME. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Mereka Bentuk Sistem Pengumpulan Madu Kelulut Untuk Kegunaan SME 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (214kB)

Abstract

Madu kelulut terkenal sebagai madu yang dapat merawat pelbagai penyakit dan mendapat tempat dikalangan penguna. Permintaan yang tinggi dipasaran kerana khasiatnya mengakibatkan madu ini sering kekurangan bekalan. Ini adalah kerana pentemak mengunakan sistem konvensional dalam proses menyedut madu kelulut iaitu dengan mengunakan picagari. Ini sekaligus melambatkan proses pembotolan dan seterusnya pemasaran. Oleh itu, satu kajian telah dilakukan untuk menghasilkan satu rekabentuk sebuah mesin penyedut madu kelulut dengan cekap dan pantas. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan rekabentuk penyedut madu kelulut ini adalah melalui proses rekabentuk kejuruteraan. Proses ini bermula dengan membuat kajian ilmiah berdasarkan kajian yang terdahulu. Lawatan ke tempat penternakan Iebah kelulut dilakukan untuk mengetahui secara terperinci bagaimana. proses pengumpulan madu kelulut dilakukan. Daripada pemerhatian, didapati aspek penting yang perlu diambil perhatian adalah rekabentuk penyedut madu tersebut perlulah jenis mudah alih, mudah digunakan dan dapat mengekalkan mutu madu yang disedut. Untuk setiap rekabentuk konsep mestilah berdasarkan rumah kualiti yang mengandungi semua kehendak pelanggan. Untuk pemilihan rekabentuk konsep, satu kaedah telah dijalankan iaitu kaedah penilaian matrik dimana pemilihan rekabentuk konsep berdasarkan nilai skor tertinggi. Seterusnya, rekabentuk CAD dihasilkan yang bertujuan untuk membina prototaip dengan mengunakan mesin prototaip pantas. Justeru itu, ujikaji dijalankan untuk mengenal pasti kadar sedutan madu. Keputusan ujikaji ini menunjukkan masa yang diambil untuk menyedut madu kelulut ialah 3 minit 57 saat untuk memenuhi 0.25 L botol. Ia boleh disimpulkan bahawa rekabentuk yang dihasilkan sesuai dibangunkan untuk tujuan peningkatan pengeluaran.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Product design, Engineering design -- Computer-aided design
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TS Manufactures
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 19 Aug 2016 07:27
Last Modified: 19 Aug 2016 07:27
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/17055

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year