Browse By Repository:

 
 
 
   

Analisis Pemindahan Haba Bagi Penukar Haba Dalam Aliran Yang Berayun

Mohamad Adha, Mohd Pekeh (2015) Analisis Pemindahan Haba Bagi Penukar Haba Dalam Aliran Yang Berayun. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Analisis Pemindahan Haba Bagi Penukar Haba Dalam Aliran Yang Berayun.pdf - Submitted Version

Download (447kB)

Abstract

Memahami sifat aliran adalah satu kunci untuk memperbaiki prestasi suatu sistem. Kajian ini mengkaji aliran ayunan yang bergerak di dalam sistem penukar haba dengan kaedah simulasi. Di dalam termoakustik, terdapat dua fenomena penting. Fenomena ini adalah gelombang perjalanan dan gelombang berdiri. Secara praktis, kebanyakan sistem tidak sepenuhnya perjalanan dan juga tidak sepenuhnya gelombang berdiri. Dalam projek ini, kesan perbezaan sudut antara tekanan dan halaju terhadap pemindahan haba di kawasan penukar haba telah dikaji. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan perisian CFD (Computational Fluid Dynamics). Dua model penukar haba telah dikaji. Perbezaan di antara dua model ini adalah jarak di antara plat. Model pertama mempunyai jarak di antara plat sebesar 6 mm dan pada model kedua jaraknya adalah 2 mm. Medium gas yang digunakan pada model pertama adalah nitrogen dan model kedua menggunakan helium. Model telah disahkan melalui perbandingan nilai simulasi dengan teori. Hasil perbandingan adalah hampir sama. Perbezaan kecil nilai simulasi daripada teori adalah disebabkan oleh perbezaan suhu. Bagi kajian perbezaan fasa di antara tekanan dan halaju, nilai fasa yang terhasil di ruangan antara plat didapati tidak sama seperti yang telah ditetapkan pada keadaan sempadan model. Pada keadaan sempadan, nilai sudut fasa di antara tekanan dan halaju yang telah ditetapkan adalah 00, 450 dan 900. Tetapi, hasil kajian pada aliran di antara plat menghasilkan sudut fasa di antara tekanan dan halaju yang berbeza iaitu 1370, 680 dan 510.. Ini menunjukkan bahawa syarat prinsip gelombang perjalanan dan berdiri masih lagi tidak dapat dicapai dengan penggunaan model kedua, walaupun jarak saluran telah dikecilkan. Tenaga yang dihasilkan juga didapati tidak beberapa bagus oleh kerana halaju aliran adalah rendah berkemungkinan disebabkan oleh geseran yang tinggi apabila jarak antara plat dikecilkan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Mass transfer, Heat - Transmission, Heat exchangers
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 23 May 2016 08:32
Last Modified: 23 May 2016 08:32
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16677

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year