Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Pada Struktur Konkrit Bertetulang Dengan Batu Baur Tertanam

Zaim Zakwan, Mohamad (2015) Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Pada Struktur Konkrit Bertetulang Dengan Batu Baur Tertanam. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Pada Struktur Konkrit Bertetulang Dengan Batu Baur Tertanam.pdf - Submitted Version

Download (259kB)

Abstract

Industri pembinaan secara amnya bergantung kepada struktur konkrit dan cerucuk yang menjadi asas tunjang pengukuhan terhadap sesuatu bangunan. Kekuatan asas cerucuk dibantu oleh kehadiran batu baur tertanam. Kaedah ujian pengawalan kualiti terhadap asas cerucuk dan konkrit seperti ujian tanpa musnah berasaskan perambatan gelombang berfrekuensi rendah masih belum diterokai secara meluas. Kajian yang dijalankan ini digunakan untuk mengetahui lebih lanjut terhadap kesan kehadiran batu baur tertanam. Objektif kajian ini adalah pembelajaran tentang asas perambatan gelombang berpandu ysng dikenakan terhadap plat konkrit bertetulang dengan menentukan kesannya pada konkrit yang diperkukuh dengan batu baur. Melalui teknik perambatan gelombang juga akan digunakan bagi mengukur jarak bagi sesuatu struktur konkrit. Gelombang berpandu merambat pada jarak yang jauh menjadi suatu kepentingan kepada industri dalam pengujian struktur yang besar. Penggunaan gelombang berpandu pada struktur konkrit melalui kaedah simulasi menggunakan perisian Abaqus digunakan bagi membuat permodelan serta analisis. Dua model asas bagi struktur plat konkrit dua dimensi diuji sebagai asas kepada struktur cerucuk konkrit bertetulang dengan mengenakan beban terhadapnya. Jarak konkrit dan kesan terhadap kehadiran batu baur dapat ditentukan melalui persamaan halaju gelombang. Perbandingan antara jarak kedua-dua model plat konkrit dan pengiraan jarak adalah berdasarkan daripada graf sesaran dan masa yang dihasilkan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electromagnetic waves - Transmission - Measurement, Structural analysis (Engineering)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 23 May 2016 06:26
Last Modified: 23 May 2016 06:26
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16661

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year