Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Dan Menganalisis Sebuah Pemanggang Barbeku Menggunakan Kuasa Solar

Mazidah, Bakhari (2015) Merekabentuk Dan Menganalisis Sebuah Pemanggang Barbeku Menggunakan Kuasa Solar. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Merekabentuk Dan Menganalisis Sebuah Pemanggang Barbeku Menggunakan Kuasa Solar 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (387kB)

Abstract

Pemanggang Barbeku merupakan alat memasak jenis membakar yang kebiasaannya digunakan di luar rumah. Bahan pembakarnya ialah merupakan kayu arang. Selaras menyahut saranan kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga hijau, maka satu projek rekabentuk pemanggang yang menggunakan tenaga solar yang akan dilaksanakan. Kajian dan maklumat yang berkaitan projek ini dicari bagi mendapatkan idea dalam menghasilkan pemanggang ini. Dari hasil kajian yang dibuat, bagi mendapatkan suhu yang sesuai untuk pemanggang menggunakan cahaya matahari secara langsung adalah dengan proses pantulan cahaya dan penyerapan haba berlaku terhadap pemanggang di mana tiub Kaca Borosilikat digunakan sebagai pemanggang. Kaca Borosilikat dikatakan mempunyai kestabilan terma yang baik, rintangan haba yang tinggi dan digunakan secara meluas dalam industri berkaitan tenaga solar. Dari segi teori, suhu yang akan terhasil di kawasan pemanggang adalah 352.49°C yang mana ianya mencukupi untuk proses memasak. Lima konsep rekabentuk dihasilkan dari carta morfologi dan konsep yang kedua telah terpilih dimana memperolehi nilai skor tertinggi dari penilaian rekabentuk konsep yang dilakukan dengan menggunakan kaedah penilaian matriks. Kemudiannya, rekabentuk yang terpilih dilukis dengan menggunakan perisian CATIA. Seterusnya, bagi mendapatkan hasil rekabentuk yang boleh dipercayai, analisis darjah kebebasan mekanisme, dan analisis kekuatan bahan yang kritikal dihasilkan. Bagi menguji tahap kebolehfungsian rekabentuk pemanggang ini, dicadangkan supaya penghasilan prototaip dapat dihasilkan. Ianya bagi dapat membuat verifikasi terhadap fungsinya.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Solar energy, Machines -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 18 May 2016 00:39
Last Modified: 18 May 2016 00:39
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16633

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year