Browse By Repository:

 
 
 
   

Analisis Terhadap Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Kepada Kebolehtelapan Struktur Sel Semulajadi

Nurul Jannah, Baharudin (2015) Analisis Terhadap Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Kepada Kebolehtelapan Struktur Sel Semulajadi. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Analisis Terhadap Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Kepada Kebolehtelapan Struktur Sel Semulajadi 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (713kB)

Abstract

Projek Sarjana Muda ini berkaitan mengenai analisis terhadap faktor-faktor yang memberi kesan kepada kebolehtelapan struktur sel semulajadi. Analisis ini dilakukan untuk mengetahui tahap kebolehtelapan sel semulajadi yang digunakan sebagai acuan untuk menghasilkan gula melaka. Struktur sel semulajadi yang digunakan ialah buluh. Buluh digunakan sebagai acuan kerana tahap kebolehtelapannya yang tinggi dan mempercepatkan proses pemejalan gula melaka. Kajian dilakukan terhadap kadar kebolehtelapan pada buluh yang dijadikan sebagai acuan dengan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kebolehtelapan struktur sel semulajadi yang boleh mempercepatkan proses pemejalan gula melaka. Berdasarkan analisis ini, objektif yang perlu dicapai adalah untuk membangunkan dan mencadangkan ujian kebolehtelapan air menggunakan ujikaji yang mudah dan untuk menilai faktor-faktor yang memberi kesan kepada kebolehtelapan struktur sel semulajadi seperti buluh dan kayu. Ujikaji yang mudah ini terdiri daripada buluh yang dijadikan contoh spesimen dan tiga jenis larutan mengikut kadar kelikatan yang berbeza. Dua jenis garisan sempadan juga digunakan bagi memberikan perbezaan untuk data dicatatkan. Tiga jenis keadaan persekitaran yang berbeza juga dijadikan tempat untuk menjalankan ujikaji mudah ini. Selain itu, keadaan buluh juga diambil kira. Pada semester 1, jumlah ujikaji yang dijalankan adalah sebanyak enam kali iaitu mencatat masa yang diambil mengikut dua jenis garisan sempadan yang berbeza dan tiga jenis keadaan persekitaran yang berbeza tetapi menggunakan larutan yang sama iaitu seratus peratus menggunakan air. Pada semester 2, jumlah ujikaji yang dijalankan adalah sebanyak tiga puluh enam kali dengan mencatat masa yang diambil mengikut dua jenis garisan sempadan yang berbeza, tiga jenis keadaan persekitaran yang berbeza dan tiga jenis larutan yang berbeza. Parameter yang ditambah adalah keadaan buluh iaitu dalam keadaan kering dan keadaan selepas direndam dalam air. Masa yang dicatat mengikut parameter yang ditetapkan akan diambil dan dianalisa untuk mencari faktor yang memberi kesan kepada kebolehtelapan struktur sel semulajadi.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Fibrous composites -- Permeability
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 12 May 2016 07:52
Last Modified: 12 May 2016 07:52
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16582

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year