Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Pada Struktur Konkrit Bertetulang Dengan Bar Keluli Tertanam

Mohamad Fais, Mohamed Zamri (2015) Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Pada Struktur Konkrit Bertetulang Dengan Bar Keluli Tertanam. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Pada Struktur Konkrit Bertetulang Dengan Bar Keluli Tertanam.pdf - Submitted Version

Download (540kB)

Abstract

Ujian gelombang merupakan salah satu kaedah pemeriksaan tanpa musnah. Pemeriksaan tanpa musnah dengan mengunakan ujian gelombang merupakan satu kaedah yang digunakan secara meluas untuk memeriksa keadaan sesuatu struktur. Kaedah ini digunakan dengan mengenakan tekanan mekanikal gelombang yang tersebar di sepanjang struktur sesuatu bahan itu. Walau bagaimanapun, di Malaysia penyelidikan mengenai potensi teknik gelombang berpandu ini bagi memeriksa dan mengukur keadaan dan kedalaman struktur konkrit asas yang terbenam didalam tanah masih kurang. Projek ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan perambatan gelombang berpandu keatas konkrit bertetulang dengan bar keluli tertanam. Selain itu, simulasi terhadap konkrit bertetulang ini dijalankan untuk mengenal pasti sifat-sifat gelombang berpandu yang dikenakan terhadap konkrit bertetulang. Selain itu juga, tujuan simulasi ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti panjang konkrit bertetulang dengan menggunakan perambatan gelombang berpandu. Simulasi yang dijalankan terhadap konkrit bertetulang ini mengunakan kaedah “finite element method (FEM). Simulasi yang dijalankan pada perisian ini termasuklah proses merekabentuk konkrit bertetulang, proses “mesh”, proses mengenakan beban, dan analisis. Hasil daripada keputusan simulasi mengunakan perisian “Abaqus”, panjang konkrit bertetulang dengan bar keluli tertanam dapat dikenalpasti daripada graf sesaran melawan masa. Selain daripada itu, kesan bar keluli tertanam kepada perambatan gelombang berpandu juga dapat dikenalpasti. Panjang konkrit bertetulang dan kesan daripada bar keluli tertanam pada perambatan gelombang berpandu dapat dikenal pasti dengan menggunakan gelombang berpandu berdasarkan simulasi yang telah dijalankan, walau bagaimanapun pengetahuan mengenai gelombang berpandu adalah penting sebelum menjalankan simulasi. Keputusan bagi kedua- dua pekara ini dapat dilihat pada bahagian keputusan dan perbincangan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electromagnetic waves - Transmission - Measurement, Structural analysis (Engineering)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 13 May 2016 02:52
Last Modified: 13 May 2016 02:52
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16533

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year