Browse By Repository:

 
 
 
   

Kesan Gentian Kaca Ke Atas Polipropilena (PP) Sebagai Bahan Geseran

Syawal, Symsul (2015) Kesan Gentian Kaca Ke Atas Polipropilena (PP) Sebagai Bahan Geseran. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Kesan Gentian Kaca Ke Atas Polipropilena (PP) Sebagai Bahan Geseran.pdf - Submitted Version

Download (847kB)

Abstract

Kajian ini menerangkan tentang kesan gentian kaca terhadap polipropilena (PP) sebagai bahan geseran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan serat kaca sebagai bahan pengeras kepada sifat-sifat mekanik dan tribologi polipropilena (PP). Dalam projek ini, seart kaca akan digunakan sebagai bahan pengeras manakala polipropilena (PP) bertindak sebagai matrik atau pengikat. Spesimen ini akan dihasilkan menggunakan mesin pengisar, penghancur, dan tekanan panas. Sampel komposit kemudian dibentuk mengikut ukuran seperti yang dikehendaki oleh piawaian ASTM. Sampel akan dibuat mengikut lima kadar komposisi yang berbeza. Kadar komposisi adalah adalah 95% polipropilena (PP) dan 5% daripada gentian kaca, 90% polipropilena (PP) dan 10% daripada gentian kaca, 85% polipropilena (PP) dan 15% daripada gentian kaca, 80% polipropilena (PP) dan 20% daripada kaca gentian dan 75% polipropilena (PP) dan 25% kaca gentian. Kemudian, sampel telah diuji mengikut ASTM D2240D untuk ujian kekerasan, ASTM D792-00 untuk ketumpatan dan ASTM G99 untuk daya geseran dan kehausan. Melalui kajian ini, didapati bentuk fizikal spesimen dipengaruhi oleh proses fabrikasi. Bagi ujian kekerasan, spesimen akan akan menjadi lebih keras sekiranya kawasan permukaan spesimen mengandungi lebih banyak bilangan gentian kaca berbanding polipropilena (PP). Selain itu, ketumpatan spesimen turut dipengaruhi oleh keberkesanan proses fabrikasi, semakin baik proses fabrikasi semakin baik kadar ketumpatan specimen. Tambahan pula, bagi ciri-ciri tribologi disebabkan oleh kadar komposisi spesimen yang berbeza-beza, semakin banyak bilangan gentian kaca pada permukaan spesimen, semakin besar daya geseran. Nilai daya geseran bertindak secara tidak langsung terhadap kehausan. Semakin tinggi daya geseran semakin kurang kadar kehausan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Glass - Mechanical properties, Composite materials
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 12 May 2016 02:40
Last Modified: 12 May 2016 02:40
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16506

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year