Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Peralatan Momen Lenturan

Shafawi, Shafei (2008) Merekabentuk Peralatan Momen Lenturan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Merekabentuk_Peralatan_Momen_Lenturan_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (110kB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Peralatan_Momen_Lenturan_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Tujuan bagi kajian ini adalah untuk menyediakan satu set data lengkap daripada peralatan atau radas momen lenturan yang dihasilkan. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis mengenai pesongan rasuk dengan menggunakan tiga kaedah yang berbeza seperti melakukan eksperimen, membuat pengiraan menggunakan teori dan membuat simulasi dengan menggunakan perisian Nastran Patran. Kajian ini hanya dilakukan pada tiga jenis rasuk iaitu rasuk disokong mudah, rasuk julur dan rasuk terbina dalam. Untuk setiap rasuk pula terbahagi terbahagi kepada dua keadaan yang berbeza bergantung pada jumlah dan kedudukan daya yang dikenakan. Tiga jenis bahan yang berlainan sifat digunakan dalam kajian ini iaitu aluminium, tembaga dan keluli. Pada peringkat awal kajian, eksperimen dilakukan dengan menggunakan radas yang sedia ada terdapat di makmal berikutan proses membuat radas baru mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Begitu juga dengan kaedah pengiraan dan simulasi, ia boleh terus dilakukan dengan menggunakan data yang diperolehi daripada eksperimen. Peringkat seterus untuk kajian ini adalah membuat perbandingan di antara ketiga-tiga kaedah dan mengenal pasti peratusan ralat yang diperolehi. Bagi proses menyediakan radas pula faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah mereka bentuk bahagian-bahagian yang difikirkan perlu. Ini bertujuan untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan dapat mengurangkan peratusan ralat yang berlandaskan kepada analisis-analisis yang dilakukan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Bending moment -- Design and construction Girders
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 21 Mar 2012 09:17
Last Modified: 28 May 2015 02:24
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/1633

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year