Browse By Repository:

 
 
 
   

Pembentukan mendapan bahan bakar diesel dan bio-diesel pada suhu permukaan melebihi suhu Kadar Pengewapan Maksimum (MEP)

Abdul Basit , Kamaludin (2013) Pembentukan mendapan bahan bakar diesel dan bio-diesel pada suhu permukaan melebihi suhu Kadar Pengewapan Maksimum (MEP). Project Report. UTeM, Melaka. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
CDR_10209-24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (174kB)

Abstract

Bio-diesel adalah salah satu bahan bakar yang digunakan untuk menggantikan bahan bakar diesel. Bahan bakar bio-diesel mempunyai pelbagai kebaikan antaranya adalah mengurangkan pencemaran udara yang dihasilkan oleh bahan bakar. Pencemaran ini berpunca dari mendapan yang terhasil di dalam enjin. Mendapan terhasil di dalam enjin semasa proses pembakaran yang tidak lengkap. Mendapan akan menghasilkan lapisan karbon pada permukaan omboh dan enjin. Mendapan ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada enjin. Ujikaji ini dibuat bertujuan untuk melihat hasil mendapan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan bakar. Bahan bakar yang digunakan adalah bahan bakar diesel, B5, B10, B20 dan B100. Ujikaji ini menggunakan suhu permukaan yang berbeza untuk mendapatkan hasil mendapan yang berbeza.Suhu yang digunakan adalah 250 oC, 357 oC, 450 oC dan 600 oC. Suhu 357 oC adalah suhu kadar pengewapan maksimum (MEP) bagi bahan bakar diesel. Jumlah mendapan yang terhasil ditimbang bagi titisan minyak yang ke 500 dan ke 1000. Keputusan ujikaji ini menunjukkan penggunaan bahan bakar B10 paling sedikit menghasilkan mendapan jika dibandingkan dengan kesemua bahan bakar. Manakala dari segi suhu permukaan panas, secara umumnya suhu permukaan pada 357 oC menghasilkan mendapan yang paling sedikit bagi kesemua jenis bahan bakar. Pada akhir ujikaji dapat dilihat ciri-ciri fizikal mendapan bahan bakar yang terhasil mengikut suhu yang digunakan. Walaupun buat masa kini suhu di dalam enjin tidak dapat dikawal, maklumat yang diperolehi berkaitan dengan suhu boleh digunakan bagi membangunkan teknologi enjin yang akan datang yang boleh membantu suhu dalam enjin dikawal mengikut keperluan bagi mengelak penghasilan mendapan sepenuhnya.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: biodiesel fuels
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TP Chemical technology
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: F Haslinda Harun
Date Deposited: 06 Apr 2015 04:33
Last Modified: 28 May 2015 04:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/14221

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year