Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Mengenai Daya Aerodinamik Pada Sayap Hadapan Kereta Lumba Menggunakan Kaedah Simulasi CFD

Mirni, Abdul Ghani (2011) Kajian Mengenai Daya Aerodinamik Pada Sayap Hadapan Kereta Lumba Menggunakan Kaedah Simulasi CFD. Project Report. UTeM, Melaka Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Mengenai_Daya_Aerodinamik_Pada_Sayap_Hadapan_Kereta_Lumba_Menggunakan_Kaedah_Simulasi_CFD-24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (356kB)
[img] PDF (Full Text)
Kajian_Mengenai_Daya_Aerodinamik_Pada_Sayap_Hadapan_Kereta_Lumba_Menggunakan_Kaedah_Simulasi_CFD-Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Peranan utama aerodinamik dalam bidang automotif terutamanya bagi kereta lumba ialah untuk memberi lebih kestabilan dengan menghasilkan daya kebawah semaksimum yang boleh bagi membolehkan kereta tersebut mencengkam permukaan trek ketika melalui selekoh tajam dengan kelajuan yang tinggi tanpa sebarang kemalangan, meningkatkan prestasi kereta dan untuk keselamatan pemandu. Kajian ini ini adalah berkaitan dengan kajian mengenai sayap kereta lumba menggunakan kaedah dinamik bendalir berkomputer untuk simulasi. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sudut serang yang sesuai digunakan ketika perlumbaan, iaitu sudut serang yang dapat menghasilkan daya kebawah yang maksimum serta dapat mengurangkan daya seretan pada kereta yang menjadi halangan untuk memecut dengan kelajuan yang tinggi pada sudut serangan yang berbeza. Hasil simulasi tersebut akan dibandingkan dengan keputusan ujikaji terowong angin. Kajian ditumpukan kepada penyebaran tekanan pada permukaan aerofoil serta penyebaran halaju pada permukaan aerofoil. Simulasi ini adalah untuk melihat taburan halaju, taburan tekanan disekeliling aerofoil sayap kereta lumba, pekali daya seretan dan pekali daya kebawah yang dapat dihasil kan oleh sayap tersebut pada kelajuan dan sudut serang yang berbeza. Hasil simulasi jelas menunjukkan bahawa semakin besar sudut serangan, semakin tinggi daya ke bawah yang terhasil sekaligus meningkatkan daya seretan terhadap sayap kereta. Sudut serang 12º merupakan sudut serang yang paling sesuai digunakan ketika berlumba pada litar-litar yang banyak mempunyai banyak selekoh kerana ia menghasilkan daya kebawah yang paling tinggi. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa kaedah simulasi CFD telah berjaya menentukan prestasi daya aerodinamik pada kereta lumba berdasarkan hasil simulasi yang telah berjaya diperoleh.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Fluid dynamics -- Computer simulation Automobiles, Racing -- Aerodynamics Air flow Electronic circuits
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nik Syukran Muiz Rashid
Date Deposited: 27 Jan 2015 08:25
Last Modified: 28 May 2015 04:20
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/11889

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year