Browse By Repository:

 
 
 
   

Penganjuran Karnival/Pesta Buku Perpustakaan Laman Hikmah UTeM 2018

Perpustakaan Laman Hikmah, Unit Rujukan (2018) Penganjuran Karnival/Pesta Buku Perpustakaan Laman Hikmah UTeM 2018. [Image] (Submitted)

[img] Image (184 Pictures)
Penganjuran Karnival Pesta Buku Perpustakaan Laman Hikmah UTeM 2018.pdf - Submitted Version

Download (42MB)

Abstract

Penganjuran Karnival/Pesta Buku Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) UTeM 2018 yang telah berlangsung pada 26 hingga 29 September 2018 menggabungkan dua aktiviti utama PLH hasil kesinambungan pelaksanaan Pesta Buku dan Multimedia UTeM dan Library Day 2.0 pada tahun 2017. Karnival/Pesta Buku yang berlangsung selama empat hari ini dipenuhi dengan pelbagai pertandingan, aktiviti, pameran dan gerai jualan makanan serta minuman. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Inovasi “Waste to Product”, Pertandingan “Environment Hunt”, Pertandingan Minda Kreatif, Pertandingan “Virtual Games”, Pertandingan Steps of Fortune”, Pertandingan “Clever Star” dan pelbagai lagi. Aktiviti seperti Pertandingan Inovasi “Waste to Product” melibatkan penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar sekolah menengah di sekitar Melaka. Bukan itu sahaja, Karnival/Pesta Buku ini dimeriahkan lagi dengan acara penutup iaitu larian “Environment Fun Run” yang mendapat penyertaan melebihi 200 orang termasuk pelajar, kakitangan UTeM dan tidak ketinggalan penyertaan luar.

Item Type: Image
Divisions: Library > Corporate Memory > Event
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 07 Mar 2022 06:42
Last Modified: 05 Apr 2022 01:23
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/25870

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year