Browse By Repository:

 
 
 
   

Paten Dan Isu-Isu Industri Pelancongan Di Melaka

Mohd Taib, Dora and Ahmad Jawahir, Tugimin and Rosli, Saadan and muhd Akmal Noor, Rajikon (2010) Paten Dan Isu-Isu Industri Pelancongan Di Melaka. Project Report. UTeM. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (24 pages)
Paten_Dan_Isu-Isu_Industri_Pelancongan_Di_Melaka_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB) | Preview

Abstract

Sektor pelancongan adalah salah satu sektor utama dalam menjana ekonomi negeri Melaka. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Lanjutan daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka bagi mengekal dan memulihara bangunan serta tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lalu, maka pihak UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu) telah memberi pengiktirafan kepada Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Justeru itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti paten atau corak pelancongan di negeri Melaka serta mengenalpasti persepsi pelancong tentang isu-isu yang menjadi penghalang terhadap perkembangan pelancongan di negeri Melaka dan mengenalpasti persepsi pelancong tentang langkah-langkah atau cadangan untuk membantu mempertingkatkan perkembangan industri pelancongan di negeri Melaka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa paten atau corak pelancongan yang utama atau paling diminati oleh pelancong di Melaka adalah dari segi sektor sejarah. Masalah yang paling kritikal dan membimbangkan adalah masalah kesesakan jalanraya terutama di kawasan tarikan pelancongan di Banda Hilir dan Jonker Walk. Pada persepsi pelancong, langkah-langkah yang serius perlu di ambil bagi mengatasi kesesakan jalanraya di kawasan tarikan pelancongan ini. Secara kesimpulan, sektor sejarah adalah pilihan utama pelancong di Melaka yang mana bangunan atau monumen bersejarah di sini harus sentiasa dilindungi dan dipulihara di samping pembangunan dan naiktaraf infrastruktur serta menyediakan prasarana kelas pertama di kawasan pelancongan di negeri Melaka.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Tourist trade -- Malaysia -- Melaka, Tourist trade and state -- Malaysia -- Melaka
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Library > Long/ Short Term Research > PBPI
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 10 Jun 2015 06:20
Last Modified: 17 Nov 2015 07:45
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/14604

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year