Browse By Repository:

 
 
 
   

Alat Latih Penukar Jenis Buck

Muhamad Syafiq , Zulkefly (2007) Alat Latih Penukar Jenis Buck. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Alat_Latih_Penukar_Jenis_Buck_Muhamad_Syafiq_Bin_Zulkefly_-_24.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Alat_Latih_Penukar_Jenis_Buck_Muhamad_Syafiq_Bin_Zulkefly.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (20MB)

Abstract

Penukar DC-DC atau 'chopper' terbahagi kepada 3 jenis iaitu penukar jenis Buck, Boost dan Buck-Boost. Ia berfungsi sebagai penukar voltan masukan DC yang tidak teratur kepada voltan keluaran DC yang lebih terkawal. Penukar Buck terdiri daripada gabungan beberapa komponen elektronik yang ringkas seperti Diod, Pearuh, Pemuat, Suis Aktif dan Perintang. Penukar jenis ini banyak diaplikasikan pada beberapa peralatan seperti Bekalan Kuasa Bermod Suis (SMPS), Kawalan Motor Arus Terus dan pengecas bateri. Penukar jenis ini juga akan menghasilkan 'noise isolation' dan 'power bus regulation'. Trainer ini direka dengan bertujuan untuk membandingkan nilai teori sebenar dan juga nilai yang diambil semasa pengukuran. Ia direkabentuk hasil daripada gabungan beberapa litar seperti MOSFET Gate Drives (DC-DC Converter, Signal Isolation) yang berfungsi sebagai pensuisan MOSFET jenis-p dan Current Limiting Circuit yang berfungsi sebagai perlindungan bagi litar elektronik daripada arus yang berlebihan yang akan menyebabkan kegagalan dan litar pintas berlaku. Penggunaan MOSFET lebih sesuai daripada BJT dari segi kuasa keluaran kerana tempoh pensuisan yang lebih cepat dan kebolehan untuk menahan percikan voltan yang dihasilkan oleh pearuh. IC UC3526 akan digunakan sebagai komponen utama di dalam trainer ini yang berfungsi sebagai pengawal PWM (Pulse Wdth Modulation) dalam melengkapkan litar 'closed-loop'. Ia terdiri daripada beberapa gabungan litar seperti 'voltage reference', 'undervoltage lockout', 'soft-start circuit', 'digital control ports', 'oscillator', 'error amplifier' dan 'output drivers'.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Power electronics, Electric current converters
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 07 Oct 2013 03:41
Last Modified: 28 May 2015 04:08
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9984

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year