Browse By Repository:

 
 
 
   

Rekabentuk Pengawal Kelajuan Motor Arus Terus Menggunakan PIC

Hazli Rafis, Abdul Rahim (2005) Rekabentuk Pengawal Kelajuan Motor Arus Terus Menggunakan PIC. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Rekabentuk_Pengawal_Kelajuan_Motor_Arus_Terus_Menggunakan_PIC.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Rekabentuk_Pengawal_Kelajuan_Motor_Arus_Terus_Menggunakan_PIC.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (26MB)

Abstract

Projek ini merekabentuk sebuah litar pengawal kelajuan motor arus terus (AT) untuk mengawal kelajuan putaran motor. Masalah utama penggunaan motor AT ialah kelajuan berubah apabila beban berubah. Disebabkan penggunaannya yang amat meluas dalam industri atau aplikasi lain, keadaan ini akan menimbulkan satu masalah kepada pengguna. Sebagai contoh, conveyor tidak boleh beroperasi apabila beban ditambah. Keadaan ini akan menyebabkan produk tidak dapat dihantar ke bahagian lain untuk diproses. Maka satu litar khas diperkenalkan dalam projek ini dimana kelajuan putaran motor tidak akan berubah apabila beban berubah. Pengawalan kelajuan putaran motor akan dilakukan dengan melaras voltan amatur atau voltan terminal. Projek ini akan menggunakan PIC untuk mengawal kelajuan putaran motor. Perintang bolehubah digunakan untuk memberi voltan masukkan yang berkadaran dengan kelajuan putaran motor kepada PIC. Dengan menggunakan PIC, satu program khas dibuat untuk mengawal kelajuan putaran motor. Kelajuan putaran motor akan dinyatakan melalui pergerakan LED. Dengan adanya projek ini,diharap dapat menyelesaikan satu masalah dalam bidang industri pada hari ini. Melaui analisis-analisis yang dilakukan, kelajuan putaran motor dapat dikawal melalui kawalan kelebaran modulasi Iebar denyut iaitu kitar kerja. Selain daripada itu, kelajuan putaran motor juga tidak berubah apabila beban ditambah.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electric motors -- Electronic control, Electronic controllers
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 17 Sep 2013 07:33
Last Modified: 28 May 2015 04:06
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9765

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year