Browse By Repository:

 
 
 
   

Pengukuran Sudut Fasa Menggunakan Teknik Anjakan Fasa

Mohd Zurul Kamal , Salim (2007) Pengukuran Sudut Fasa Menggunakan Teknik Anjakan Fasa. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pengukuran_Sudut_Fasa_Menggunakan_Teknik_Anjakan_Fasa_Mohd_Zurul_Kamal_Salim_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Pengukuran_Sudut_Fasa_Menggunakan_Teknik_Anjakan_Fasa_Mohd_Zurul_Kamal_Salim.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Projek dan kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu kaedah baru dalam proses mengukur sudut fasa bagi arus ulang-alik. Kaedah ini disasarkan akan menjadi satu kaedah yang tepat, mudah, mesra pengguna dan ekonomik. Projek ini mengaplikasikan litar anjakan fasa bolehubah sebagai komponen utamanya, dan digunakan untuk mengukur sudut fasa pada frekuensi 50 Hz. Julat ukuran sudutnya pula boleh dilakukan dari 0° hingga ke 90°. Pengukuran akan dibuat dengan menggunakan teknik bandingan, iaitu dengan membandingkan vektor yang hendak diukur dengan vektor rujukan yang mempunyai magnitud yang sama tetapi bersudut 0°. Berdasarkan teori yang mengatakan bahawa dua punca voltan yang mempunyai magnitud dan sudut yang sama tidak mempunyai beza voltan, maka penganjak fasa akan dilaraskan sehingga ke dua-dua voltan rujukan dan voltan yang hendak diukur menjadi sama. Dengan itu, bacaan sudut akan diperolehi berdasarkan berapa jumlah sudut yang dianjak oleh penganjak fasa. Projek ini diharapkan akan membantu pelajar untuk lebih memahami konsep vektor dalam arus ulangalik secara praktikal dan ekperimen.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Phase shifters
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 09 Sep 2013 05:37
Last Modified: 28 May 2015 04:05
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9693

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year