Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Penapis Pasif Bagi Harmonik Dalam Sistem Pengagihan

Mohamad Faridz, Mohamad Nasir (2007) Merekabentuk Penapis Pasif Bagi Harmonik Dalam Sistem Pengagihan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Penapis_Pasif_Bagi_Harmonik_Dalam_Sistem_Pengagihan_Mohamad_Faridz_B_Mohamad_Nasir.pdf24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Penapis_Pasif_Bagi_Harmonik_Dalam_Sistem_Pengagihan_Mohamad_Faridz_B_Mohamad_Nasir.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Penggunaan tenaga elektrik bertambah begitu mendadak sekali sejajar dengan pembangunan negara untuk mencapai statusnya sebagai negara perindustrian. Dalam penggunaan tenaga elekrik yang besar, satu perkara yang memainkan peranan penting di dalam sesebuah pengagihan sistem elektrik ialah kualiti kuasa elektrik itu sendiri. Dalam konteks ini, apabila kualiti pada sistem kuasa itu tidak memuaskan, sistem pengagihan akan menghadapi pelbagai masalah berkaitan kecekapan dan keberfungsian peralatan elektriknya. Oleh itu, kesuluruhan sistem tidak beroperasi dengan cekap disebabkan gangguan di dalam sistem pengagihan. Antara gangguan yang menyebabkan kualiti kuasa ini tidak baik, ialah harmonik. Gangguan ini menyebabkan peralatan elektrik panas dan tidak berfungsi dengan baik. Justeru itu, projek ini adalah merupakan satu penganalisaan dan kajian berkaitan penapis bagi mengurangkan harmonik dalam system pengagihan amnya. Projek dijalankan dengan mengenalpasti punca dan kesan harmonik serta ciri-cirinya pada sistem kuasa voltan rendah 240V dan 415V. Selain itu,ia direkabentuk dengan perlarasan nilai pemuat bersama nilai induktor untuk bertindak sebagai penapis harmonik gandaan tiga iaitu 3, 9, 15 dan 21 yang kebanyaannya menjadi punca gangguan pada sistem elektrik.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Harmonics (Electric waves), Electric power systems, Electric filters
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 09 Sep 2013 07:47
Last Modified: 28 May 2015 04:04
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9526

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year