Browse By Repository:

 
 
 
   

Perisian Pembelajaran Sebutan Makhraj Berasaskan Pembangunan Sistem Pengecaman Pertuturan

Fazri Efendi, Ghari (2005) Perisian Pembelajaran Sebutan Makhraj Berasaskan Pembangunan Sistem Pengecaman Pertuturan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Perisian_Pembelajaran_Sebutan_Makhraj_Berasaskan_Pembangunan_Sistem_Pengecaman_Pertuturan.pdf - Submitted Version

Download (2MB)
[img] PDF (Full Text)
Perisian_Pembelajaran_Sebutan_Makhraj_Berasaskan_Pembangunan_Sistem_Pengecaman_Pertuturan.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (12MB)

Abstract

Di dalam kehidupan seharian, manus1a bertutur untuk berkomunikasi dan bertukar maklumat. Penyelidikan pembangunan teknologi pengecaman pertuturan (speech recognition) telah bermula sejak 80 tahun yang lalu. Sistem pengecaman pertuturan adalah suatu teknologi yang berasaskan teknologi pemprosesan isyarat digit (DSP) di mana isyarat suara akan diproses dalam bentuk digital. Salah satu teknik di dalam sistem pengecaman pertuturan adalah "Dynamic Time Warping" (DTW). Di dalam perlaksanaan Projek Sarjana Muda (PSM) ini, satu perisian pembelajaran sebutan makhraj berasaskan pembangunan sistem pengecaman pertuturan secara dua hala akan cuba dibangunkan. Perisian ini berkebolehan melatih dan mengenalpasti sebutan makhraj iaitu penyebutan huruf-huruf arab yang menjadi asas di dalam pembelajaran AI Quran. Sistem yang dibangunkan di dalam bentuk perisian ini adalah berasaskan kepada pembangunan teknik pengecaman pertuturan. Secara umumnya, sistem ini dibangunkan melalui dua peringkat. Peringkat pertama adalah untuk melatih dan menguji sistern pengecaman penuturan bersandar pada penutur bagi mendapatkan ketepatan peratusan pengecaman. Pada peringkat kedua pula, sistem pengecaman penuturan tak bersandar pada penutur akan diaplikasikan bagi membangunkan sistem pembelajaran sebutan huruf Makhraj. Namun di dalam pembangunan projek ini, ianya memfokuskan kepada pembangunan sistem pengecaman bersandar pada penutur sebagai bagi menentukan kemampuan sistem di dalam mencapai ketepatan pengecaman perkataan oleh perisian ini Secara umumnya, Sistem akan berfungsi dengan mendapatkan isyarat suara sebutan makhraj dari penguna melalui mikrofon melalui perisian 'Goldwave' dan seterusnya proses padanan akan dibuat dengan sampel sebutan makharaj yang tepat daripada pangkalan data.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: C (Computer program language), Automatic speech recognition
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 30 Aug 2013 03:52
Last Modified: 28 May 2015 03:59
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8869

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year