Browse By Repository:

 
 
 
   

Ramalan Aliran Haba Dan Jisim Melalui Satu Kipas Penukar Haba Menggunakan Pemodelan CFD

Wan Mokhtar, Wan Abdullah (2006) Ramalan Aliran Haba Dan Jisim Melalui Satu Kipas Penukar Haba Menggunakan Pemodelan CFD. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Ramalan_Aliran_Haba_Dan_Jisim_Melalui_Satu_Kipas_Penukar_Haba_Menggunakan_Pemodelan_CFD.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Ramalan_Aliran_Haba_Dan_Jisim_Melalui_Satu_Kipas_Penukar_Haba_Menggunakan_Pemodelan_CFD.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (18MB)

Abstract

Kecekapan bagi sistem penyejukan enjin kenderaan adalah amat bergantung kepada aliran udara yang melalui teras radiator. Taburan aliran udara yang melalui teras radiator adalah berdasarkan kecekapan kipas dan semua rintangan pada laluan masuk dan keluar laluan tersebut. Dalam penyelidikan ini, aliran udara yang diolak masuk oleh kipas melalui system penyejukan enjin kenderaan automotif termasuk unit penukar haba padat, dikaji menggunakan perisian dinamik bendalir berkomputer (CFD). Pemahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap jenis dan ciri pengaliran jisim dan haba merupakan keperluan untuk telahan secara berangka oleh taburan aliran udara dan haba di hadapan dan belakang kipas radiator. Dalam tesis ini, perisian CFD akan membincangkan tentang taburan aliran haba dan udara secara optimum. Bermula dengan penyelesaian rekabentuk asas yang telah dibandingkan dengan pengiraan data teori, satu siri penyelesaian secara optimum dilakukan untuk mendapatkan ramalan berangka CFD terhadap kipas radiator. Taburan aliran udara yang melalui kipas radiator akan diawasi atau dapat dilihat untuk membolehkan kuantiti aliran udara dapat ditentukan untuk proses yang optimum. Justeru dapat mengkaji tentang ramalan aliran haba dan udara menerusi kipas penukar haba menggunakan pemodelan CFD.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automobiles -- Motors -- Cooling systems
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 16 Jul 2013 01:16
Last Modified: 28 May 2015 03:58
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8681

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year