Browse By Repository:

 
 
 
   

Kawalan Peralatan Elektrik Berasaskan Mikropengawal Menggunakan Isyarat DTMF

Fareezan Salha, Mohamed Azahar (2006) Kawalan Peralatan Elektrik Berasaskan Mikropengawal Menggunakan Isyarat DTMF. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kawalan_Peralatan_Elektrik_Berasaskan_Mikropengawal_Menggunakan_Isyarat_DTMF_Fareezan_Salha_bt_Mohamed_Azahar.pdf24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Kawalan_Peralatan_Elektrik_Berasaskan_Mikropengawal_Menggunakan_Isyarat_DTMF_Fareezan_Salha_bt_Mohamed_Azahar.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Dalam dunia yang serba membangun hari ini, keperluan untuk mengawal peralatan elektrik menjadi satu perkara yang penting. Matlamat utama projek ini ialah untuk menghasilkan satu rekabentuk sistem kawalan yang berasaskan mikropengawal.Laporan ini menghuraikan mengenai projek bagi membangunkan satu sistem yang dapat mengawal peralatan elektrik dari jarak jauh. Talian telefon digunakan untuk menghantar isyarat ke peralatan elektrik. Sistem kawalan yang dibina adalah berasaskan mikropengawal 8051 .Penggunaan mikropengawal 8051 adalah sangat fleksibel untuk direkabentuk dan juga mengurangkan penggunaan perkakasan. Pembangunan projek ini terbahagi kepada 3 fasa pembangunan. Fasa pertama adalah berkaitan dengan fungsi kawalan utama, iaitu membangunkan sistem mikropengawal 8051 . Fasa kedua pula ialah berkaitan dengan litar pengantaramuka telefon. Fasa ketiga pula adalah berkaitan dengan litar kawalan yang mengandungi geganti sesentuh untuk proses menghidupkan dan mematikan perkakasan elektrik. Aturcara program juga memainkan peranan penting dalam sistem kawalan, tanpa aturcara projek tidak dapat berfungsi dengan baik.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Telephone switching systems, Electronic -- Data processing, Telecommunication systems
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 22 Jul 2013 01:23
Last Modified: 28 May 2015 03:58
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8670

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year