Browse By Repository:

 
 
 
   

Wireless Ad-Hoc Routing System (WARS)

Mohd Fairuz, Hamzah (2007) Wireless Ad-Hoc Routing System (WARS). Project Report. UTeM, Melaka. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Mohd_Fairuz_Hamzah-24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Mohd_Fairuz_Hamzah.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (22MB)

Abstract

Wireless Ad-Hoc Routing System (WARS) merupakan satu sistem yang akan membuat laluan dalam rangkaian berbilang ad-hoc. Enjin AODV dibangunkan diintegrasikan ke dalam sistem ini. Satu modul analisis melalui fail log enjin akan dibangunkan untuk membuat antaramuka pengguna baru. Enjin AODV dibangunkan menggunakan bahasa pemprosesan C manakala modul analisis baru akan dibangunkan menggunakan bahasa pemprosesan Java. Sistem ini akan menghubungkan komputer ad-hoc yang di luar jarak capaian signal menggunakan ad-hoc di tengah-tengah untuk menghantar maklumat. Pada masa ini, tidak banyak sistem yang sedia ada untuk membuat laluan dalam rangakaian berbilang ad-hoc. Pengguna tidak boleh menghubungi komputer ad-hoc di luar jarak capaian signal disebabkan jarak capaian signal yang terbatas. Adalah mustahil untuk menghubungi komputer ad-hoc di luar jarak signal kerana, secara umumnya ad-hoc hanya membataskan hubungan antara jarak sahaja. Projek ini mempunyai banyak kebaikan terutamanya untuk -pengguna yang memerlukan hubungan rangkaian komputer sementara untuk menghantar maklumat pada komputer lain. Mungkin untuk pelajar, pensyarah mahupun pengguna biasa yang memerlukan hubungan rangkaian komputer dalam masa yang cepat. Project ini dijangkakan akan menghasilkan satu prototaip lengkap sistem menggunakan enjin AODV dan tambahan modul analisis maka adalah diharapkan sistem ini mampu membuat hubungan ke berbilang komputer ad-hoc di luar jarak signal melebihi 3 komputer ad-hoc.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Wireless LANs, Ad hoc networks (Computer networks)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FTMK
Depositing User: F Haslinda Harun
Date Deposited: 12 Jun 2013 01:09
Last Modified: 28 May 2015 03:54
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8181

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year