Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Dan Memfabrikasi Pelantar Pembersihan Komponen Berat

Mohd Saiful , Md Sukardi (2007) Merekabentuk Dan Memfabrikasi Pelantar Pembersihan Komponen Berat. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Dan_Memfabrikasi_Pelantar_Pembersihan_Komponen_Berat_Mohd_Saiful_Md_Sukardi_TS193.M72_2007_2.pdf - Submitted Version

Download (4MB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Dan_Memfabrikasi_Pelantar_Pembersihan_Komponen_Berat_Mohd_Saiful_Md_Sukardi_TS193.M72_2007.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (26MB)

Abstract

Projek penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan rekabentuk untuk pelantar pembersihan komponen berat dan seterusnya membina rekabentuk yang telah dihasilkan. Proses merekabentuk pelantar pembersihan ini dilakukan dengan membuat penyelidikan terlebih dahulu terhadap rekabentuk yang bersesuaian sebelum ianya dihasilkan bagi memberikan rekabentuk yang sempurna untuk melakukan pembersihan untuk komponen yang berat. Kerja-kerja merekabentuk dimulakan dengan melakukan seberapa banyak lakaran bagi mendapatkan variasi di dalam merekabentuk pelantar pembersihan tersebut. Proses yang seterusnya pula adalah dengan membuat lukisan semula menggunakan perisian seperti Catia dan SolidWorks. Setelah rekabentuk yang diinginkan telah siap dilukis, proses yang seterusnya adalah dengan membuat analisis terhadap pam bagi memilih pam yang bersesuaian untuk di jadikan sebagai sistem pengepaman yang utama. Setiap spesifikasi yang di ingini untuk pam seperti kadar alir, kuasa kuda, dan jenis pam telah disenarai pendekkan spesifikasinya untuk dijadikan sebagai sistem pengepaman utama untuk pelantar pembersihan komponen berat ini. Pam di analisis dengan membuat pengiraan bagi mengetahui kecekapan pam. Setelah mengenalpasti kemampuan pam yang telah dibuat, barulah kerja-kerja fabrikasi dapat diteruskan. Proses-proses yang akan terlibat di dalam fabrikasi adalah dari melukis, menanda, memotong, mengimpal dan akhir sekali adalah membuat pengemasan pada rekabentuk yang telah dibuat. Setelah siap difabrikasi, peralatan asas seperti penapis, kepala paip dan pam motor elektrik pula akan diperlengkapkan pada sistem pelantar pembersihan terse but. Sebagai keputusannya, pelantar pembersihan rm akan dapat membantu lagi kerja-kerja pembersihan yang di lakukan di bengkel.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Industrial housekeeping, Cleaning -- Equipment and supplies
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Siddiq Jais
Date Deposited: 12 Jun 2013 00:39
Last Modified: 28 May 2015 03:54
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8165

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year