Browse By Repository:

 
 
 
   

Mengkaji Daya Seretan (Drag Force) Terhadap Rak Bumbung (Roof Box) Kereta Bersaiz Kompak Dengan Menggunakan Kaedah Eksperimen (Terowong Angin)

Abdullah, Muhammad Radzie (2012) Mengkaji Daya Seretan (Drag Force) Terhadap Rak Bumbung (Roof Box) Kereta Bersaiz Kompak Dengan Menggunakan Kaedah Eksperimen (Terowong Angin). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Mengkaji_Daya_Seretan_(Drag_Force)_Terhadap_Rak_Bumbung_(Roof_Box)_Kereta_Bersaiz_Kompak_Dengan_Menggunakan_Kaedah_Eksperimen_(Terowong_Angin)_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (188kB)
[img] PDF (Full Text)
Mengkaji_Daya_Seretan_(Drag_Force)_Terhadap_Rak_Bumbung_(Roof_Box)_Kereta_Bersaiz_Kompak_Dengan_Menggunakan_Kaedah_Eksperimen_(Terowong_Angin).pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penggunaan rak bumbung kereta adalah untuk menambahkan ruang supaya dapat membawa muatan yang lebih banyak. Walaubagaimanapun, penggunaannya memberikan gangguan terhadap aerodinamik kereta yang bersaiz kompak kerana kesan daya seret yang terhasil dan juga peningkatan terhadap penggunaan bahan api. Dalam kajian ini, analisis terhadap aliran angin akan dilakukan terhadap model rak bumbung kereta berskala 1:35 di dalam ujian terowong angin. Terdapat beberapa faktor penting untuk model rak bumbung kereta yang perlu di diuji iaitu rekabentuk dan kedudukan model rak bumbung tersebut pada bumbung kereta. Keputusan yang diperolehi daripada ujian terowong angin terbahagi kepada dua bahagian iaitu kuantitatif dan kualitatif. Nilai kuantitatif mewakili pekali daya seret dan pekali daya angkat yang terhasil manakala nilai kualitatif merujuk kepada gambaran aliran angin dalam pemerhatian aliran angin semasa ujian terowong angin dijalankan. Selain itu, hubungan kedua-dua nilai kuantitatif dan kualitatif ini akan dinyatakan untuk memberi kefahaman terhadap kesan aerodinamik pada rak bumbung kereta yang digunakan dan juga memilih rekabentuk dan kedudukan yang terbaik pada bumbung kereta supaya dapat menjimatkan penggunaan bahan api terhadap kereta bersaiz kompak. Keputusan yang diperoleh daripada eksperimen ini akan dibandingkan dengan keputusan yang diperoleh daripada kaedah simulasi dinamik bendalir berkomputer (CFD).

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automobiles -- Aerodynamics
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 27 Jul 2013 15:17
Last Modified: 28 May 2015 03:53
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8007

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year