Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian ke atas kesan aliran air kotor mempengaruhi kehilangan geseran dalam paip bulat

Halimatun , Hj. Mohd Sharaffudin (2007) Kajian ke atas kesan aliran air kotor mempengaruhi kehilangan geseran dalam paip bulat. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Kesan_Aliran_Air__Kotor_Mempengaruhi_Kehilangan_Geseran__Dalam_Paip_Bulat_Halimatun_Hj_Mohd_Sharaffudin.pdf24_pages.pdf - Submitted Version

Download (3MB)

Abstract

Dalam kajian ini, paip air dijadikan sebagai model untuk mencari kesan aliran air kotor terhadap halaju a1iran air kotor, geseran aliran air kotor dan juga jenis paip yang sesuai untuk paip bawah tanah. Ini adalah kerana, berlaku pencemaran air di bawah tanah yang disebabkan oleh perbuatan manusia. Antaranya teknik perlupusan bahan buangan rumah yang biasa diamalkan oleh penduduk di kawasan perumahan samada di bandar atau di kampung biasanya adalah melalui tong sampah, sistem aliran air paip, pembakaran terbuka ataupun ditanam. Antara bahan kimia yang disumbangkan manusian tanpa kesedaran ialah seperti racun serangga, cat dan pelarut, produk aotomobil, pengilat kuku, bateri, jangkasuhu raksa dan sebagainya. Sifat bahan kimia ada empat iaitu menghakis, beracun, mudah menyala dan reaktif. Bahan kimia berbahaya boleh menyerap dan seterusnya menyebabkan pencemaran sumber air bawah tanah. Kesan aliran air kotor ini menyebabkan halaju aliran dalam paip lebih tinggi daripada biasa. Manakala ia turut memberi kesan terhadap jangka hayat penggunaan paip tersebut. Kandungan bahan kimia yang masuk ke dalam paip akan mempengaruhi nilai halaju aliran. Di mana ia bergantung kepada ketumpatan dan kelikatan bahan kimia tersebut. Semakin tinggi nilai kandungan bahan kimia yang masuk semakin tinggi halaju yang terbentuk pada aliran bemdalir tersebut. Nilai nombor Reynolds untuk halaju yang berbeza juga memberi nilai yang berbeza. Semakin tinggi nilai halaju itu, maka semakin tinggi nilai nombor Reynolds. Seperti yang sedia maklum, ketumpatan air memang lebih tinggi daripada acetone dan ini juga adalah salah satu faktor kenapa halaju acetone lebih tinggi daripada aliran air.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: water-pipes, water-pipes, hydrodynamics, data processing, frictional resistance
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 20 Jun 2013 04:29
Last Modified: 28 May 2015 03:51
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7780

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year