Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Sistem Suspensi, Brek dan Sistem Roda Untuk Formula SAE

Kamarul Ariffin, Ruslani (2008) Merekabentuk Sistem Suspensi, Brek dan Sistem Roda Untuk Formula SAE. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Sistem_Suspensi,_Brek_dan_Sistem_Roda_Untuk_Formula_SAE_-_Kamarul_Ariffin_b._Ruslani_-_TL257.K35_2008_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (687kB)
[img] PDF (Full text)
Merekabentuk_Sistem_Suspensi,_Brek_dan_Sistem_Roda_Untuk_Formula_SAE_-_Kamarul_Ariffin_b._Ruslani_-_TL257.K35_2008.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (21MB)

Abstract

Perkara penting dalam sistem suspensi kenderaan adalah untuk memaksimumkan ‘central joint node’ antara roda dengan jalan pada sepanjang masa dalam mendapatkan cengkaman roda semaksimum yang mungkin di atas jalan. Apabila sesebuah kenderaan bergerak di atas jalan yang mempunyai pelbagai keadaan seperti jalan yang membelok, berbonggol dan berlubang, suhu juga boleh mempengaruhi keadaan semasa, dan begitu juga halaju bagi sesebuah kenderaan, pereka-pereka adalah dicabar untuk mengoptimumkan parameter sistem suspensi agar dapat memberikan sistem yang terbaik dengan pantas dan selamat dalam perlumbaan Formula SAE. Kestabilan kenderaan adalah kritikal dan sistem suspensi perlu memberi tindakan yang terbaik agar pemandu boleh membuat tindakan pengawalan yang betul. Disebabkan kos yang tinggi dalam membina sistem suspensi, program-program analisis sistem seperti CFX, ANSYS, ADAMS, COSMOSWORK, CATIA (infinite analysis) dan sebagainya, digunakan untuk mengurangkan kos dengan cepat dan tepat. Tesis dan penyelidikan hendaklah dijalankan secara terus dalam bidang ini dalam mencari pendekatan-pendekatan baru dan peningkatan pengetahuan. Tesis ini menerangkan tentang reka bentuk dan analisis sebuah sistem suspensi yang baru untuk perlumbaan Formula SAE.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automobiles -- Design and construction, Automobiles -- Springs and suspension
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 12 Apr 2012 10:00
Last Modified: 28 May 2015 02:19
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/708

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year