Muhammad Khairul Nizam , Mardi (2008) Mengurangkan Kebisingan Daripada Sistem Sesalur Penyaman Udara. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)
PDF (24 Pages)
Mengurangkan_Kebisingan_Daripada_Sistem_Sesalur_Penyaman_Udara_-_Muhammad_Khairul_Nizam_b_Mardi_-_TH7683.D8.M52_2008_24_Pages.pdf - Submitted Version Download (546kB) |
|
PDF (Full Text)
Mengurangkan_Kebisingan_Daripada_Sistem_Sesalur_Penyaman_Udara_-_Muhammad_Khairul_Nizam_b_Mardi_-_TH7683.D8.M52_2008.pdf - Submitted Version Restricted to Registered users only Download (20MB) |
Abstract
Sistem pendingin udara amat penting pada masa kini untuk menjadikan ruang bilik menjadi sejuk dan pengguna akan merasa selesa dari haba luaran. Sistem sesalur digunakan untuk menyalurkan aliran udara sehingga sampai ke ruang bilik. Terdapat banyak jenis bentuk sesalur tetapi yang biasa digunakan ialah sesalur berbentuk segi empat tepat. Permasalahannya ialah kadangkala aliran udara (dari system pendingin udara) mendatangkan kebisingan ke dalam ruang bilik dan ianya akan menyebabkan pengguna rasa tidak selesa. Oleh itu untuk mengurangkan kebisingan itu, sesetengah teori perlu digunakan untuk mengatasi masalah ini seperti teori getaran (vibration),pengukuran tahap bunyi, sistem penyaman udara, dan sebagainya. Analisis unuk mencari segala punca amat penting untuk menyelesaikan permasalahan ini. Melakukan pemetaan pada pelan tapak kawasan boleh memberitahu kita di mana kawasan yang disyaki mengeluarkan bising itu tadi. Dengan menggunakan alatan khas seperti ‘Sound Level Meter’ dan “Air Flow Velocity Meter’, ianya dapat membantu mengukur bunyi dan kelajuan aliran udara. Kemudian, satu rekabentuk sesalur yang baru direka (jika perlu mengikut keadaan) berdasarkan kepada keputusan analisis yang diperolehi. Diharapkan rekabentuk sesalur yang terbaru dapat mengurangkan kadar kebisingan atau pun diharapkan juga ianya dapat menghentikan terus kebisingan itu tadi.
Item Type: | Final Year Project (Project Report) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Air conditioning, Buildings -- Air conditioning, Air conditioning -- Design and construction |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Library > Final Year Project > FKM |
Depositing User: | Nooraidillah Rasdi |
Date Deposited: | 12 Apr 2012 09:59 |
Last Modified: | 28 May 2015 02:18 |
URI: | http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/617 |
Actions (login required)
View Item |