Browse By Repository:

 
 
 
   

Mereka Bentuk Mekanisme Penyejukan Udara Yang Mengurangkan Suhu Udara Dari Unit Penyejuk Udara

Khalil Fashar , Zainudin (2008) Mereka Bentuk Mekanisme Penyejukan Udara Yang Mengurangkan Suhu Udara Dari Unit Penyejuk Udara. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Mereka_Bentuk_Mekanisme_Penyejukan_Udara_Yang_Mengurangkan_Suhu_Udara_Dari_Unit_Penyejuk_Udara_-_Khalil_Fashar_b._Zainudin_-_TH7683.H42.M52_2008_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (280kB)
[img] PDF (Full Text)
Mereka_Bentuk_Mekanisme_Penyejukan_Udara_Yang_Mengurangkan_Suhu_Udara_Dari_Unit_Penyejuk_Udara_-_Khalil_Fashar_b._Zainudin_-_TH7683.H42.M52_2008.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (20MB)

Abstract

Tujuan utama projek ini dijalankan adalah mengkaji mekanisme sedia ada dan seterusnya mereka bentuk sebuah mekanisme baru penyejukan udara yang mengurangkan suhu dari unit penyejuk udara. Sebelum itu, pemahaman mendalam mengenai konsep kerja mekanisme sedia ada dan tinjauan produk yang berada di pasaran dilaksanakan melalui pelbagai sumber seperti kajian ilmiah, kajian pasaran dan sebagainya. Skop yang perlu diikuti adalah mencari jalan untuk mengurangkan kos operasi dan kos produk, kerja penyelenggaraan yang mudah serta dapat berfungsi dengan baik. Bagi memastikan skop-skop yang dikehendaki ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan, kajian dilakukan seperti pembinaan dan fabrikasi prototaip mengikut pengiraan yang sepatutnya, menjalankan set ujian prestasi, melaksanakan proses penambahbaikan berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang timbul sepanjang proses ujian, dan seterusnya melakukan perbandingan prestasi dengan mekanisme sedia ada. Di antara faktor yang perlu dititik beratkan ialah dengan memastikan mekanisme yang dicipta mampu menurunkan suhu dengan berkesan bersamaan atau lebih baik dari mekanisme sedia ada dan mampu membawa satu penyelesaian mudah terhadap masalah harian di rumah. Ujian dijalankan dengan menggunakan mekanisme sedia ada sebagai kayu pengukur keberkesanan mekanisme yang diketengahkan. Keberkesanan unit prototaip diuji pada posisi hembusan dan sedutan unit penyejuk udara dengan kehadiran elemen penyejuk (ais) dan perbandingan dilakukan terhadap ketiga-tiga eksperimen. Hasil daripada eksperimen mendapati bahawa mekanisme prototaip yang diletak pada posisi sedutan memenuhi sasaran utama laporan ini. Kajian ini merupakan satu langkah untuk membangunkan suatu mekanisme yang boleh diaplikasikan dalam produk penyejukan udara pada masa akan datang.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Buildings -- Air conditioning,Air conditioning -- Control,Air conditioning, Air conditioning -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 12 Apr 2012 09:58
Last Modified: 28 May 2015 02:18
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/614

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year