Browse By Repository:

 
 
 
   

Kesan Parameter Liang Ekzos Ke Atas Janaan Kuasa Bagi Enjin Dua Lejang

Norazli , Borhan (2009) Kesan Parameter Liang Ekzos Ke Atas Janaan Kuasa Bagi Enjin Dua Lejang. Project Report. UTeM, Melaka,Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kesan_Parameter_Liang_Ekzos_Ke_Atas_Janaan_Kuasa_Bagi_Enjin_Dua_Lejang_Norazli_Bin_Borhan_TL210.5.N67_2009_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (391kB)
[img] PDF (Full Text)
Kesan_Parameter_Liang_Ekzos_Ke_Atas_Janaan_Kuasa_Bagi_Enjin_Dua_Lejang_Norazli_Bin_Borhan_TL210.5.N67_2009.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Berdasarkan langkah kerja dalam proses pembakaran, enjin kenderaan amnya boleh dibezakan kepada dua jenis, iaitu enjin empat lejang dan enjin dua lejang. Perbezaan pada kedua-dua jenis enjin ini boleh dilihat pada konstruksi (pembinaan) enjinnya.enjin empat lejang mempunyai injap-injap yang berfungsi mengatur atau mengawal kemasukan bahan bakar ke dalam enjin dan mengawal pembuangan gas sisa pembakaran. Enjin dua lejang pula memiliki liang (saluran) kemasukan, pembuangan dan pembersihan bahan bakar yang diatur oleh omboh (piston) dalam blok silinder. Secara amnya, proses janaan kuasa pada enjin dua lejang adalah dipengaruhi oleh sistem pembuangan sisa ekzos (scavenging) pada sistem enjin. Proses pembuangan sisa (scavenging) adalah proses dimana gas-gas ekzos ditolak atau ditekan keluar daripada silinder dan menarik masuk udara baru untuk kegunaan pada kitaran lejang seterusnya. Dalam keadaan masukan ini, liang ekzos akan tertutup sepenuhnya dan membolehkan campuran udara-minyak memenuhi ruang dalam silinder. Bagi projek, kesan parameter liang ekzos diuji dengan mengubah tempoh bagi bukaan liang ekzos serta mengubah pemasaan bagi tutupan/bukaan liang dengan tempoh bagi tutupan liang ekzos adalah malar. Kesan yang hendak diuji adalah janaan kuasa yang terhasil pada enjin setelah parameter yang berkaitan diubah.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Two-stroke cycle engines, Internal combustion engines
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 19 Sep 2012 02:30
Last Modified: 28 May 2015 03:38
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5871

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year