Browse By Repository:

 
 
 
   

Analisis Tangga Kegunaan Rumah Dengan Menggunakan Kaedah Unsur Terhingga

Mohd Sufian, Baharom (2008) Analisis Tangga Kegunaan Rumah Dengan Menggunakan Kaedah Unsur Terhingga. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Analisis_Tangga_Kegunaan_Rumah_Dengan_Menggunakan_Kaedah_Unsur_Terhingga_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (100kB)
[img] PDF (Full Taxt)
Analisis_Tangga_Kegunaan_Rumah_Dengan_Menggunakan_Kaedah_Unsur_Terhingga_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian yang lakukan adalah analisis tangga kegunaan rumah dengan menggunakan kaedah unsur terhingga. Analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian tangga yang mempunyai peratusan yang tinggi untuk gagal. Analisis ini dilakukan ekoran terdapat banyak kes kemalangan yang dilaporkan berkaitan dengan tangga. Kes kemalangan yang dilaporkan kebanyakannya berpunca daripada reka bentuk tangga yang tidak sesuai, penggunaan tangga yang salah dan tangga yang tidak kukuh. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk menguji kekukuhan tangga kegunaan rumah yang terdapat di pasaran sekarang. Dengan menggunakan kaedah unsur terhingga, kekukuhan tangga ini dianalisis bahagian demi bahagian. Bermula dengan pemilihan jenis tangga yang sesuai iaitu jenis tangga selalu digunakan oleh orang ramai. Ukuran tiap-tiap bahagian di ambil untuk memudahkan proses untuk membuat model dan pengiraan. Proses membuat model dibuat dengan menggunakan perisian CAD iaitu Solidworks. Manakala proses pengiraan pula dilakukan dengan menggunakan teori mekanik pepejal dan unsur terhingga. Model tangga yang telah siap akan di hantar ke MSC Patran untuk di buat pembahagian unsur dan nod. Seterusnya dianalisis dengan menggunakan MSC Nastran. Keputusan yang didapati daripada hasil analisis yang menggunakan perisian akan dibandingkan dengan hasil analisis yang didapati daripada teori. Melalui perbandingan ini, keputusan mengenai bahagian – bahagian kritikal akan ditentukan

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Finite element method, Strains and stresses, Stair building, Ladders -- Safety measures
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 11 Sep 2012 03:21
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5734

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year