Browse By Repository:

 
 
 
   

Kesan Proses Austenit Pembajaan Ke Atas Keluli Karbon Biasa

Zatil Hafila, Kamaruddin (2009) Kesan Proses Austenit Pembajaan Ke Atas Keluli Karbon Biasa. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Kesan_Proses_Austenit_Pembajaan_Ke_Atas_Keluli_Karbon_Biasa_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (249kB)
[img] PDF (Full Text)
Kesan_Proses_Austenit_Pembajaan_Ke_Atas_Keluli_Karbon_Biasa_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Proses rawatan haba adalah proses yang memerlukan ketelitian dan kawalan yang menyeluruh. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan suhu dan masa austenit-pembajaan ke atas mikrostruktur dan sifat mekanikal keluli karbon biasa. Pembajaan austenit juga adalah proses pemanasan untuk menghasilkan butir bainit di dalam keluli karbon biasa. Ianya melibatkan proses lindap kejut di dalam kubang larutan garam panas. Ianya dibiarkan di dalam kubang ini sehingga austenit dalam keluli ini terjelma sepenuhnya dan kemudiannya barulah didinginkan ke suhu bilik. Ujian bahan yang digunakan di dalam kajian ini adalah ujian kekerasan, ujian tegangan dan juga ujian mikrostruktur. Bagi ujian kekerasan, ianya penting bagi melihat perubahan sifat bahan selepas mengalami proses rawatan haba. Apabila masa pembajaan dipanjangkan, bahan menjadi semakin lembut, dan apabila suhu pembajaan ditingkatkan, bahan menjadi lebih kuat tetapi rapuh. Selain itu, di dalam kajian ini teknik metalografi digunakan untuk penyediaan sampel keluli dan ujian tegangan dilakukan untuk menentukan kekuatan regangan dan kekuatan alah. Di dalam kajian ini, pertumbuhan butir dan sifat mekanikal untuk proses austenit pembajaan perlu dikawal. Kedua – dua parameter ini perlu dikawal kerana untuk menghasilkan mikrostruktur dan sifat mekanikal yang sepatutnya.Di dalam kajian ini juga, suhu pembajaan telah diubah kepada 4 suhu yang berbeza dan masa pembajaan juga diubah. Kedua – dua parameter diubah kerana untuk menghasilkan pertumbuhan butir yang berbeza. Untuk ujian mikrostruktur pula, spesimen yang dihasilkan mengalami pertumbuhan ferrit dan pearlit. Selain itu, melalui proses ini eutectoid dapat dihasilkan kepada keadaan bainit sepenuhnya.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Tempering, Steel -- Metallurgy, Steel -- Heat treatment, Carbon steel
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 17 Aug 2012 02:20
Last Modified: 28 May 2015 03:34
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5417

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year