Browse By Repository:

 
 
 
   

Sistem Pembelajaran Interaktif Bahasa Inggeris Menggunakan Kaedah Pengecaman Pertuturan

Norfaizayu , Che Musa (2009) Sistem Pembelajaran Interaktif Bahasa Inggeris Menggunakan Kaedah Pengecaman Pertuturan. Project Report. UTeM, Melaka,Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Sistem_Pembelajaran_Intreraktif_Bahasa_Inggeris_Menggunakan_Kaedah_Pengecaman_Pertuturan_Norfaizayu_Binti_Che_Musa_7882.S65.N68_2009_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (193kB)
[img] PDF (Full Text)
Sistem_Pembelajaran_Intreraktif_Bahasa_Inggeris_Menggunakan_Kaedah_Pengecaman_Pertuturan_Norfaizayu_Binti_Che_Musa_7882.S65.N68_2009.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

“Sistem Pembelajaran Interaktif Bahasa Inggeris Menggunakan Kaedah Pengecaman Pertuturan” adalah sebuah projek yang dibangunkan bagi mewujudkan sebuah sistem pembelajaran sebutan bahasa inggeris dengan menggunakan sistem pengecaman pertuturan(speech recognition) dalam bentuk permainan. Projek ini adalah sebuah aplikasi di mana pengguna boleh berinteraksi dengan aplikasi permainan tersebut dengan menggunakan suara pengguna. Perkataan-perkataan bahasa inggeris kebanyakkannya adalah susah untuk disebut memandangkan terdapat banyak gaya sebutan perkataan dan sesetengah perkataan bunyinya seakan-akan sama sebutannya. “Sistem Pembelajaran Interaktif Bahasa Inggeris Menggunakan Kaedah Pengecaman Pertuturan” adalah satu cara yang terbaik untuk mendorong pengguna terutamanya kanak-kanak untuk belajar sebutan perkataan bahasa inggeris dengan betul di samping boleh berhibur. Sebuah grafik antaramuka pengguna(Graphic User Interface-GUI) menggunakan “Microsoft Visual Baic.NET” dibangunkan sebagai antaramuka bagi membolehkan pengguna berkomunikasi dengan komputer. Antaramuka aplikasi program(Application Programming Interface-API) pula digunakan bagi membolehkan sistem pengecam dan membuat perbandingan antara sebutan pengguna dengan suara yang telah direkodkan di dalam sistem. Hasil daripada projek ini, ia akan membolehkan pengguna untuk mempelajari, membaiki serta meningkatkan mutu sebutan sesuatu perkataan dalam bahasa inggeris. Dengan adanya GUI yang menarik, ia dapat menarik minat pengguna terutamanya kanak-kanak untuk mempelajari bahasa inggeris.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Programmable controllers, Automatic speech recognition, Speech processing systems, English language -- Study and teaching
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 10 Aug 2012 07:47
Last Modified: 28 May 2015 03:33
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5289

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year