Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Tentang “Menambahbaikan Sistem Brek Letak Kereta Elektrik Untuk Kereta Penumpang”

Ab. Hakim, Ab. Halim (2009) Kajian Tentang “Menambahbaikan Sistem Brek Letak Kereta Elektrik Untuk Kereta Penumpang”. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Tentang_“Menambahbaikan_Sistem_Brek_Letak_Kereta_Elektrik_Untuk_Kereta_Penumpang”_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (177kB)
[img] PDF (Full Text)
Kajian_Tentang_“Menambahbaikan_Sistem_Brek_Letak_Kereta_Elektrik_Untuk_Kereta_Penumpang”.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian ini meliputi proses meningkatkan prestasi dan penambahbaikan kepada Sistem Brek Letak Kereta Elektrik sedia ada yang telah di kaji dalam Projek Sarjana Muda sebelum ini. Sistem Brek Letak Kereta Elektrik merupakan sistem yang dicipta bagi memudahkan pemandu ketika memandu di kawasan yang tidak rata dan berbukit. Sistem ini berfungsi menggunakan motor elektrik sebagai teraju utama dalam Sistem Brek Kereta Elektrik. Berdasarkan kajian sebelum ini, beberapa masalah telah dikenal pasti di mana ianya menghasilkan bunyi bising yang dapat mengurangkan keselesaan pemandu dan penumpang serta kurang mesra pengguna. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, proses penambahbaikan telah dikaji dan dilaksanakan. Sistem Brek Letak Kereta Elektrik sedia ada telah dianalisis sebelum segala data yang berkaitan dengan permasalahan ini di kumpul bagi membantu kajian. Sistem sedia ada dipasang pada Proton Gen-2 di Makmal Automotif dan di uji tahap kebisingannya dengan menggunakan alat khas iaitu ‘B&K basic sound and exhaust noise measurement.’ Berdasarkan ujian ini kelemahan utama sistem ini dibuktikan kerana bacaan melebihi 80 dB. Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dikenalpasti seperti penggunaan mekanisme gear yang kurang tepat, pemasangan skru kuasa yang tidak kemas dan pelekatan antara motor elektrik dan tapak tidak sesuai. Bagi mengatasi masalah ini dan seterusnya menghasilkan Sistem Brek Letak Kereta Elektrik yang lebih baik dan efisyen, beberapa faktor telah di ambil kira. Walaupun masih mengekalkan operasi sistem yang sedia ada, beberapa perubahan harus dilaksanakan seperti sistem gear, motor elektrik, sistem skru kuasa, sistem takal, nilai halaju dan tork serta lain-lain.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automobiles -- Springs and suspension
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 06 Aug 2012 03:25
Last Modified: 28 May 2015 03:31
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5047

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year