Browse By Repository:

 
 
 
   

Kecekapan Dan Kehilangan Haba Ekzos Enjin Diesel 2 Liter

Yusmalina, Yusoff (2008) Kecekapan Dan Kehilangan Haba Ekzos Enjin Diesel 2 Liter. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kecekapan_Dan_Kehilangan_Haba_Ekzos_Enjin_Diesel_2_Liter_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (170kB)
[img] PDF (Full Text)
Kecekapan_Dan_Kehilangan_Haba_Ekzos_Enjin_Diesel_2_Liter.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kecekapan dan kehilangan haba enjin adalah kemampuan enjin berfungsi untuk menghasilkan kuasa keluaran bagi menjalankan kerja-kerja mekanikal. Nilai kecekapan dan kehilangan haba enjin yang sebenar tidak dapat diketahui, oleh itu ujian enjin dijalankan untuk menentukan keseimbangan tenaga bagi enjin. Di dalam kajian ini, kalorimeter ekzos direka dan dibina sebagai radas untuk mengukur suhu ekzos dalam ujian enjin. Kajian dan analisis dijalankan untuk mendapatkan rekabentuk kalorimeter ekzos bagi memaksimakan pemindahan haba gas ekzos ke cecair. Kalorimeter ekzos yang dibina adalah secara menegak dan merupakan aplikasi pengubah haba. Haba ekzos yang melalui tiub di dalam kalorimeter akan memindakan haba ke cecair di luar tiub tersebut. Kaedah ini memberikan pengiraan lebih tepat pada haba ekzos. Melalui ujian enjin yang dijalankan, data-data diperolehi dianalisis untuk mendapatkan nilai dan peratusan sebenar kecekapan dan kehilangan haba enjin. Didapati nilai kecekapan haba berkurang apabila haba yang terbebas ke ekzos tinggi. Secara kesimpulannya, nilai kehilangan haba enjin boleh memberi kesan kepada nilai kecekapan dan prestasi sesebuah enjin.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Diesel motor, Diesel motor exhaust gas, Automobiles -- Motors (Diesel) -- Exhaust gas
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 30 Jul 2012 06:40
Last Modified: 28 May 2015 03:29
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/4900

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year