Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyelarasan Geganti IDMT Arus Lampau Dalam Rangkaian 33/11KV PPU Krubong

Stephanie , Piang Fah (2008) Penyelarasan Geganti IDMT Arus Lampau Dalam Rangkaian 33/11KV PPU Krubong. Project Report. UTeM, Melaka,Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Penyelarasan_Geganti_IDMT_Arus_Lampau_dalam_Rangkaian_3311kv_PPU_Krubong_Stephanie_Piang_Fah_TK2861.S73_2010_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (216kB)
[img] PDF (Full Text)
Penyelarasan_Geganti_IDMT_Arus_Lampau_dalam_Rangkaian_3311kv_PPU_Krubong_Stephanie_Piang_Fah_TK2861.S73_2010.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Rangkaian sistem 33/11kV PPU Krubong, Melaka ini didapati dengan kebenaran daripada TNB Banda Kaba. Projek ini ditumpukan khasnya kepada kajian tentang penyelarasan geganti Masa Minimum Tentu Songsang atau Inverse Definite Minimum Time (IDMT) di rangkaian 33/11kV PPU Krubong bagi mendapatkan pendedahan dan pengetahuan tentang perlaksanaan penyelarasan geganti IDMT arus lampau yang yang kian digunakan dengan menggunakan perisian perlindungan Computer Aided Protection Engineering (CAPE). Projek ini memberi penekanan terhadap kajian penyelarasan geganti IDMT arus lampau kerana ianya merupakan salah satu penyelarasan perlindungan geganti yang merupakan tulang belakang sistem perlindungan dalam litar pengagihan. Kajian analisis penyelarasan perlindungan yang mana pengesetan pekali masa atau Time Multiplier Setting (TMS) dan pengesetan palam atau Plug Setting (PS) yang sedia ada dikaji dan dibandingkan dengan pengesetan piawai BS 142 dan IEC 60255. Pengesetan yang baru akan disyorkan sekiranya wujud sebarang masalah dalam pengkoordinasian geganti. Perisian perlindungan CAPE telah digunakan untuk menjalankan penyelarasan perlindungan geganti. Dalam projek ini, beberapa analisis terlibat seperti analisis aliran beban, analisis kegagalan dan juga penyelarasan geganti. Objektif utama perlaksanaan penyelarasan perlindungan geganti ialah untuk memastikan keselamatan awam dan juga keseluruhan rangkaian sistem dan juga untuk mengasingkan kegagalan dalam rangkaian dengan masa yang paling minimum.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electric power systems -- Protection ,Protective relays
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 24 Jul 2012 04:59
Last Modified: 28 May 2015 03:27
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/4653

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year