Browse By Repository:

 
 
 
   

Alat Penjimat Kuasa Elektrik (Power Saver)

Alfian, Haris (2008) Alat Penjimat Kuasa Elektrik (Power Saver). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Alat_Penjimat_Kuasa_Elektrik_(Power_Saver).pdf - Submitted Version

Download (118kB)
[img] PDF (Full Text)
Alat_Penjimat_Kuasa_Elektrik_(Power_Saver).pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Laporan ini membincangkan tentang rekabentuk, pembangunan serta analisa keberkesanan alat penjimat kuasa elektrik dalam membetulkan faktor kuasa sistem bekalan elektrik pengguna domestik satu fasa (240V,50Hz). Pembetulan faktor kuasa menggunakan bank kapasitor berupaya mengurangkan penggunaan kuasa reaktif yang secara tidak langsung mengurangkan kehilangan kuasa dan dalam pada masa yang sama meningkatkan kecekapan sistem elektrik satu fasa. Dalam usaha menjimatkan tenaga, kini kapasitor bank bagi litar satu fasa untuk kegunaan domestik dihasilkan. Selain untuk menambahkan pilihan pengguna terhadap produk penjimatan kuasa elektrik, pembangunan projek ini juga antara lain bertujuan meningkatkan serta memperbaiki pengoperasian bank kapasitor satu fasa yang sedia ada dengan menggunakan miropengawal. Alat penjimat kuasa yang dihasilkan ini berupaya mengawal turutan operasi bank kapasitor bergantung kepada arus yang berubah mengikut beban. Alatubah arus digunakan bagi menghasilkan arahan pensuisan untuk menambah atau mengurangkan turutan kapasitor. Projek ini akan mengaplikasikan penggunaan mikropengawal PIC (Peripheral Interface Controller) yang akan memproses data dan mengawal pengoperasian bank kapasitor. Kawalan pintar menggunakan unit pengawal membolehkan turutan bank kapasitor dikawal secara teratur, meminimakan operasi pensuisan serta mengoptimumkan pembetulan faktor kuasa.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electric circuit analysis, Electric power system stability
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 15 May 2012 08:23
Last Modified: 28 May 2015 02:33
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/3142

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year