Browse By Repository:

 
 
 
   

Kawalan Iklim Dalam Satu Ruang Tertutup

Muhammad, Abdullah (2009) Kawalan Iklim Dalam Satu Ruang Tertutup. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (24 pages)
Kawalan_Iklim_Dalam_Satu_Ruang_Tertutup_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (2MB)
[img] PDF (Full Text)
Kawalan_Iklim_Dalam_Satu_Ruang_Tertutup_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Tesis ini memperincikan tentang model kaedah berangka bagi mengkaji sifat terma haba dalam kabin motokar berdasarkan kepada bahan-bahan yang meliputinya serta dalam keadaan iklim yang panas dan lembap. Model kaedah berangka dibangunkan berasaskan kaedah titik dan kaedah perbezaan terhingga. Pengkhususan model ini adalah pada mod transien tiga matra, gabungan pemindahan haba secara olakan, aliran dan sinaran, serta keamatan sinaran suria terus. Kabin dibahagikan kepada beberapa titik pepejal (bahan-bahan yang menyelaputi kabin) dan titik bendalir (isipadu udara dalaman kabin). Pembentukan kaedah keseimbangan haba pada setiap titik membolehkan perkembangan nilai suhunya diketahui. Kesan sinaran suria merupakan kriteria utama yang akan disiasat. Kajian ini memperincikan perbandingan keadaan terma antara ruang dalaman kabin secara uji kaji dan juga simulasi. Keadaan terma dalaman geometri diperolehi melalui simulasi aliran haba menggunakan perisian Fluent 6.2.16. sebaliknya keadaan terma dalaman kabin diperolehi melalui ujikaji. Keseluruhannya, taburan suhu adalah dipengaruhi oleh keamatan sinar suria, daya apungan udara, dan perolakan tabii. Perbandingan antara keputusan simulasi dan uji kaji menunjukkan terdapat beberapa titik suhu dalam kontur simulasi yang tidak mematuhi bentuk taburan suhu secara uji kaji.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automobiles -- Heating and ventilation, Hot-air heating, Heat exchangers, Automobiles -- Air conditioning
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 16 May 2012 04:55
Last Modified: 28 May 2015 02:33
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/3079

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year