Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Hubungan Antara Perlaksanaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Kadar Kemalangan Dalam Bidang Industri Terpilih

Mohd Ridzuan , Abdul Rahman (2010) Kajian Hubungan Antara Perlaksanaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Kadar Kemalangan Dalam Bidang Industri Terpilih. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Kajian_Hubungan_Antara_Perlaksanaan_Keselamatan_Dan_Kesihatan_Pekerjaan_Dan_Kadar_Kemalangan_Dalam_Bidang_Industri_Terpilih_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (174kB)
[img] PDF (Full Pages)
Kajian_Hubungan_Antara_Perlaksanaan_Keselamatan_Dan_Kesihatan_Pekerjaan_Dan_Kadar_Kemalangan_Dalam_Bidang_Industri_Terpilih_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Projek sarjana muda mengenai kajian hubungan antara perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan kadar kemalangan dalam bidang industri terpilih adalah satu kajian berkenaan dengan keberkesanan perlaksanaan keselamatan dan kesihatan dalam sebuah organisani dan bagaimanakah ia behubung kait dengan jumlah kemalangan yang dihadapi. Perlaksanaan ini dalam industri adalah menurut kepada kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), sebuah Akta yang juga bertanggungjawab atas penubuhan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Walaupun jabatan ini ditubuhkan untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang terlibat dengan persekitaran pekerjaan, namun ini tidak bermakna kemalangan di tempat kerja dapat dielakkan sepenuhnya. Badan kerajaan ini bertugas untuk mengawal kadar kemalangan yang berlaku. Projek ini mengambil kira analisis statistik kemalangan dalam industri bagi seluruh Malaysia. Kajian statistik kadar kemalangan bagi negara lain juga diambil kira untuk mengenalpasti tahap kadar kemalangan antara Malaysia dengan negara-negara lain. Ini dilakukan dengan bantuan dan hubungan baik dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Objektif kajian ini hanya mampu dicapai sebanyak separuh sahaja, di mana kajian luar ke dalam industri tidak mampu dilakukan. Oleh yang demikian, keputusan dalam kajian ini hanya menganalisis statistik kemalangan bagi pelbagai sektor industri di Malaysia sahaja.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Work environment -- Safety measures, IndIndustrial safety -- Research, Industrial safety -- Research
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > T201 Patents. Trademarks
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Rohana Hashim
Date Deposited: 03 May 2012 06:12
Last Modified: 28 May 2015 02:30
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/2738

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year