Browse By Repository:

 
 
 
   

Penganggaran Dalam Analisis Keupayaan Tenaga Kuasa Hidro Menggunakan Kaedah Monte Carlo

Zaidi, Muhamad Azim (2017) Penganggaran Dalam Analisis Keupayaan Tenaga Kuasa Hidro Menggunakan Kaedah Monte Carlo. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Penganggaran Dalam Analisis Keupayaan Tenaga Kuasa Hidro Menggunakan Kaedah Monte Carlo.pdf - Submitted Version

Download (311kB)

Abstract

Banyak kajian telah dijalankan ke atas sistem tenaga kuasa hidro kecil berdasarkan skim ‘run-of-river’ sebagai alternatif tenaga yang boleh diperbaharui. Sistem tenaga kuasa hidro kecil boleh dikelaskan berdasarkan tenaga elektrik yang dapat dijana di antara 1 MW sehingga 10 MW. Sistem ini biasanya diguna pakai di kawasan luar bandar untuk menyediakan permintaan tenaga elektrik oleh pengguna. Pada dasarnya, kebanyakkan kajian setakat ini lebih memfokuskan kepada sistem tenaga kuasa hidro besar berbanding teknologi sistem tenaga kuasa hidro berskala kecil. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk memberi tumpuan dalam meramalkan tenaga kuasa hidro yang dapat dijana oleh Sistem Tenaga Kuasa Hidro Kecil dengan menggunakan kaedah Simulasi Sistem Monte Carlo khususnya untuk aliran air sungai di kawasan Sungai Perting, Bentong, Pahang. Kadar alir air diukur dengan menggunakan Laser Flow™ sensor halaju dalam saluran terbuka dengan teknologi bukan-sentuh Laser Halaju Doppler dan bukan sentuh Ultrasonik dari jauh yang terletak di bahagian pengambilan air di Rumah Pam. Kadar aliran air sangat penting dalam meramalkan keluaran tenaga kuasa hidro. Hasil menunjukkan, keluaran kuasa tenaga hidro bergantung kepada turun naik kadar alir air dan tenaga elektrik yang dapat dihasilkan adalah lebih daripada 1 MW. Penemuan ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang keboleharapan sistem tenaga kuasa hidro kecil.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electric utilities, Electric power systems, Water-power, Hydroelectric power plants - Environmental aspects
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 02 Jan 2019 03:03
Last Modified: 02 Jan 2019 03:03
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/22608

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year