Browse By Repository:

 
 
 
   

Rekabentuk Sistem Pemanas Air Suria

Che Ali, Mohd Hafiez (2008) Rekabentuk Sistem Pemanas Air Suria. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Rekabentuk_Sistem_Pemanas_Air_Suria_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (225kB)
[img] PDF (Full Text)
Rekabentuk_Sistem_Pemanas_Air_Suria.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Sumber utama negara yang terdiri daripada tenaga yang tidak boleh diperbaharui semakin berkurangan. Oleh itu, penggunaan tenaga diperbaharui harus dipertingkat seiring dengan kecekapan tenaga. Kajian ini cuba mengetengahkan penjanaan tenaga suria kerana dilihat tenaga ini mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini. Objektif dalam kajian ini ialah untuk merekabentuk pemanas air suria serta menguji rekabentuk sistem dalam menghasilkan sistem yang lebih berkesan. Projek ini menggunakan tenaga matahari sebagai sumber utama. Melalui kajian yang telah dijalankan, sistem termosifon yang digunakan ini beroperasi berdasarkan kepada pergerakan air secara semulajadi atau dikenali pergerakan air tabii. Gerakan air di dalam tangki utama ke plat pengumpul datar dan sebaliknya disebabkan oleh daya graviti. Peningkatan suhu air ini menyebabkan tekanan semakin tinggi dan bertambah manakala jisim serta ketumpatan air tersebut makin berkurangan. Pengujian prestasi pengumpul seluas 0.516 m2 pada keamatan suria harian dilakukan dengan menggunakan kaedah piawaian ASHRAE Standard 93-77. Uji kaji yang dijalankan membuktikan bahawa terdapat kenaikan suhu air. Data kenaikan suhu telah diambil setiap 30 minit selama 8 jam (9.00 pagi - 5.00 petang). Suhu asal air yang diambil ialah 25°C. Selepas 5 jam setengah, suhu air meningkat sehingga mencapai 75°C. Secara puratanya kenaikan suhu air ialah 0.15 °C seminit. Suhu air di dalam tangki penyimpanan dalam uji kaji ini juga agak memuaskan dengan nilai suhu sekitar 60oC.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Solar water heaters -- Design and construction, Water heaters -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 02 Apr 2012 02:52
Last Modified: 28 May 2015 02:27
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/2112

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year