Browse By Repository:

 
 
 
   

Kesan Bentuk Lingkaran Pemanas Ke Atas Tempoh Air Mendidih Dalam Cerek Elektrik

Md Salleh, Mohd Khairulrizal (2008) Kesan Bentuk Lingkaran Pemanas Ke Atas Tempoh Air Mendidih Dalam Cerek Elektrik. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Kesan_Bentuk_Lingkaran_Pemanas_Ke_Atas_Tempoh_Air_Mendidih_Dalam_Cerek_Elektrik_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (281kB)
[img] PDF (Full Text)
Kesan_Bentuk_Lingkaran_Pemanas_Ke_Atas_Tempoh_Air_Mendidih_Dalam_Cerek_Elektrik.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Cerek elektrik adalah satu alat yang digunakan untuk memudahkan seseorang memasak air. Dengan adanya cerek elektrik ini juga, masa yang diambil bagi memasak air dapat dikurangkan. Berbanding dengan cerek yang biasa, cerek elektrik mudah dikendalikan dan lebih selamat. Namun begitu, cerek elektrik tetap mempunyai kelemahannya terutama pada penggunaan tenaga elektrik. Penggunaan pemanas yang memerlukan tenaga elektrik yang tinggi sehingga memberikan kesan terhadap bil elektrik seseorang itu. Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan masa bagi proses memasak air dengan cara mengubah bentuk lingkaran pada pemanas tersebut. Dengan cara ini memungkinkan penggunaan tenaga yang berlebihan dapat dikurangkan dan penggunaan masa yang singkat bagi memasak air dapat diperolehi. Kajian terhadap bentuk-bentuk lingkaran yang digunakan dalam cerek elektrik perlulah dijalankan bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada pada bentuk lingkaran yang sedia ada. Selain daripada itu, beberapa rekabentuk lingkaran juga akan dibentuk dan dianalisa. Dalam projek ini , kaedah simulasi CFX akan digunakan sebagai kaedah yang paling murah dan paling efektif serta berkesan dalam kerja-kerja simulasi. Hasil daripada simulasi ini akan dianalisa bagi menentukan bentuk lingkaran yang mana mempunyai masa yang paling minimum dalam proses pendidihan air di dalam cerek elektrik.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Water heaters -- Design and construction, Electric water heaters
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 30 Mar 2012 07:54
Last Modified: 28 May 2015 02:27
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/2106

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year