Browse By Repository:

 
 
 
   

Kon Keselamatan Mudah Alih

Alias, Mohd Aswarizal (2008) Kon Keselamatan Mudah Alih. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Kon_Keselamatan_Mudah_Alih_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (169kB)
[img] PDF (Full Text)
Kon_Keselamatan_Mudah_Alih.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian tentang kon keselamatan mudah alih ini adalah untuk menyelesaikan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan kon keselamatan biasa yang terdapat di pasaran pada masa kini. Di antara masalah yang dapat dikenal pasti adalah seperti saiz kon yang memerlukan ruang yang besar untuk disimpan, kesukaran mengendalikan kon seperti mengangkat dan meletakkan kon pada tempat tertentu, bentuk kon yang menyukarkannya menjadi fleksibel dan lain – lain lagi. Bagi menyelesaikan masalah – masalah tersebut, satu langkah yang difikirkan terbaik adalah dengan mewujudkan atau merekabentuk satu jenis kon yang mempunyai ciri – ciri keselamatan dan mudah alih. Rekabentuk kon keselamatan yang sedia ada mempunyai ciri – ciri keselamatan yang lengkap tetapi tidak mempunyai ciri – ciri mudah alih. Bagi melengkapkan kon keselamatan dengan ciri – ciri mudah alih, beberapa langkah perlu diambil terlebih dahulu iaitu seperti mengkaji spesifikasi rekabentuk produk kon keselamatan. Spesifikasi ini merangkumi pelbagai aspek seperti bahan yang dipilih, saiz, bentuk, warna, kos, persekitaran, prestasi, jangka hayat kon, penyelenggaraan dan penjagaan, sasaran produk, persaingan, estetika dan penampilan, ergonomik, pengguna, tahap keselamatan dan akhir sekali faktor politik dan sosial. Setelah mengkaji spesifikasi rekabentuk produk, rekabentuk konsep dibuat terlebih dahulu dengan mengeluarkan idea – idea rekabentuk. Seterusnya jadual matriks dapat dihasilkan dan pemilihan rekabentuk konsep dapat dilakukan. Rekabentuk kon keselamatan mudah alih yang mempunyai dua bahagian yang dapat dipisahkan dipilih kerana memenuhi ciri –ciri mudah alih dan melepasi ujian ketahan bagi memilih bahan yang sesuai. Ujian ketahanan yang dilakukan adalah dengan menggunakan perisian komputer SOLIDWORKS. Melalui analisa yang dijalankan, keputusan dapat dibuat dengan memilih bahan getah pada tapak kon dan plastik kopolimer sebagai bahan pada bahagian atas kon. Setelah meneliti kesemua aspek yang dinyatakan tadi, keputusan untuk merekabentuk sebuah kon keselamatan yang baru dapat dilaksanakan dan di akhir kajian, sebuah produk yang berupa prototaip akan dapat dihasilkan dengan ciri – ciri kon keselamatan mudah alih yang lengkap.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Traffic signs and signals, Signs and signboards
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 30 Mar 2012 02:19
Last Modified: 28 May 2015 02:26
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/2075

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year