Browse By Repository:

 
 
 
   

Pembaharuan Pada Sistem Kunci Kereta (Proton Wira)

Che Engku Roziana , Che Engku Harun (2008) Pembaharuan Pada Sistem Kunci Kereta (Proton Wira). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pembaharuan_Pada_Sistem_Kunci_Kereta_(Proton_Wira)_-_Che_Engku_Roziana_bt_Che_Engku_Harun_-_TL275.C43_2008_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (332kB)
[img] PDF (Full Text)
Pembaharuan_Pada_Sistem_Kunci_Kereta_(Proton_Wira)_-_Che_Engku_Roziana_bt_Che_Engku_Harun_-_TL275.C43_2008.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian yang dilakukan ini adalah membuat pembaharuan pada sistem kunci kereta (Proton Wira). Kajian ini juga menekankan ciri-ciri keselamatan untuk sistem kunci kereta setelah kelemahan pada sistem tersebut dapat diatasi. Pembaharuan sistem kunci ini adalah untuk mengatasi masalah kecurian kereta yang semakin meningkat setiap tahun dan ianya amat membimbangkan pemilik kereta berkenaan. Mekanisme sistem kunci yang sedia ada dikaji dengan menggunakan perisian yang boleh melihat pergerakan yang berlaku dalam sistem kunci berkenaan. Kajian yang dilakukan melibatkan penggunaan perisian berbantu komputer untuk mengetahui pergerakan yang berlaku pada sistem kunci tersebut serta membuat analisis fatigue untuk mengetahui kekuatan sistem tersebut kerana sistem tersebut sentiasa bergerak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jalan penyelesaian masalah yang terdapat pada sistem kunci kereta seperti menambah komponen besi pada bahagian yang bermasalah serta membuang bahagian yang menjadi punca sistem kunci kereta boleh dibuka dengan mudah dan tidak memerlukan masa yang lama sekiranya dilakukan oleh pencuri profesional. Setelah mengetahui kelemahan yang terdapat pada sistem kunci tersebut, kaedah-kaedah penyelesaian dibincangkan bagi mengatasi masalah tersebut. Komponen ditambah bagi menyelesaikan kedua-dua masalah yang dihadapi tanpa memerlukan kos atau penggunaan bahan yang banyak.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automobiles -- Locks, Lock picking, Automobiles -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 13 Apr 2012 08:42
Last Modified: 28 May 2015 02:25
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/1742

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year