Browse By Repository:

 
 
 
   

Mesin Penapis Air Mudah Alih Untuk Aktiviti Luar

Muhammad 'Izzat Naqiuddin, Ramli (2015) Mesin Penapis Air Mudah Alih Untuk Aktiviti Luar. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Mesin Penapis Air Mudah Alih Untuk Aktiviti Luar 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (317kB)

Abstract

Secara umumnya, air yang bersih dan selamat amat diperlukan serta menjadi keperluan asas bagi semua kehidupan di dunia ini. Permintaan air bersih yang tinggi mendorong pelbagai teknologi baharu dibina bagi mencapai matlamat ini dalam penghasilan air yang bermutu untuk digunakan. Seiring dengan pembangunan dan kemajuan dunia, tanpa disedari pencemaran terus berlaku dan pada masa yang sama terus mencemarkan sumber alam terutamanya air. Jesteru, teknologi penapis air terus digiatkan bagi membendung masalah penggunaan air yang tidak bersih ini. Projek ini adalah berkaitan dengan pembangunan mesin penapis air mudah alih untuk kegunaan aktiviti luar. Seperti sedia maklum, air yang bersih amat sukar untuk didapati semasa mengadakan aktiviti di luar seperti perkhemahan, aktiviti ketenteraan, aktiviti maritim dan tidak lupa juga sekiranya berlaku bencana alam yang turut menyukarkan dalam mendapatkan air yang bersih setelah bekalan terputus dan sebagainya. Bagi membangunkan projek mesin penapis air mudah alih ini, kajian telah dilakukan berkenaan dengan reka bentuk mesin tersebut. Reka bentuk awal bagi mesin ini telah diilhamkan untuk membantu dalam menjalankan kajian ini. Ciri-ciri mesin ini hendaklah menepati kriterianya yang mudah alih dan sesuai dengan fungsinya sebagai penapis air. Carta Morfologi telah dirancang bagi memilih rekabentuk konsep untuk mesin penapis air mudah alih ini. Selain itu, carta pemilihan konsep Pugh juga dilakukan bagi membantu dalam proses pemilihan konsep setelah carta Morfologi dibentuk dan dianalisis. Sesudah mendapatkan konsep reka bentuk yang dikehendaki, lakaran reka bentuk awal akan dikeluarkan bagi memilih reka bentuk yang terbaik untuk mesin penapis air mudah alih ini.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Sewage -- Purification -- Filtration, Water -- Purification, Product design
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 01 Jun 2016 03:20
Last Modified: 01 Jun 2016 03:20
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16702

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year