Browse By Repository:

 
 
 
   

Pemanas Air Solar Kos Rendah Untuk Kegunaan Domestik

Abd Rashid, Abd Rahim (2015) Pemanas Air Solar Kos Rendah Untuk Kegunaan Domestik. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Pemanas Air Solar Kos Rendah Untuk Kegunaan Domestik 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (326kB)

Abstract

Sumber utama tenaga yang tidak boleh diperbaharui telah menurun. Pendedahan tentang pengunaan tenaga yang boleh diperbaharui dipertingkatkan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini akan memberi kesan tentang kenaikan harga pengunaan elektrik. Tenaga yang boleh diperbaharui termasuk tenaga solar, kuasa hidro dan sebagainya. Tenaga solar merupakan tenaga yang boleh diperolehi di mana sahaja dan tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Di Malaysia, kehadiran tenaga solar boleh ditemui pada waktu siang antara waktu pagi sehingga waktu petang setiap hari. Walaubagaimanapun, tenaga ini hadir mengikut keadaan cuaca dan tiada pada waktu malam. Objektif kajian ini adalah untuk merekabentuk pemanas air solar kos rendah. Pemanas air solar ini mengunakan tanaga matahari sebagai kuasa utama. Pemanas air solar ini mengunakan sistem yang bergerak secara semulajadi dan sistem ini dinamakan sistem termosipon. Air yang mengalir dari tangki ke pengumpul solar disebabkan daya graviti. Peningkatan suhu air akan meningkatkan ketumpatan air. Untuk mereka bentuk sistem pemanas air solar kos rendah, memerlukan perekaan bentuk yang optimum bagi menghasilkan air panas dengan sempurna. Perisian yang digunakan untuk mereka bentuk adalah dengan mengunakan CAD (SolidWorks). Untuk mengira kadar pengaliran air dalam sistem pemanas air solar pula, menggunakan perisisan CFD (ANSYS). Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, suhu maksimum air boleh mencapai 53°C pada cuaca yang panas. Perbezaan diantara projek yang dibuat dan reka bentuk sedia ada tidak terlalu ketara. Suhu maksimum yang boleh dicapai oleh pemanas air solar yang sedia ada ialah 57°C. Ianya membuktikan bahawa pemanas air solar kos rendah setanding dengan pemanas air solar yang sedia ada.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Solar water heaters -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 12 May 2016 07:01
Last Modified: 12 May 2016 07:01
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16570

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year