Browse By Repository:

 
 
 
   

Penambahbaikkan Rekabentuk Alat Mengutip Buah Relai Kelapa Sawit Dengan Menggunakan Kaedah TRIZ

Noor Shakinah, Rudzlan Apandi (2015) Penambahbaikkan Rekabentuk Alat Mengutip Buah Relai Kelapa Sawit Dengan Menggunakan Kaedah TRIZ. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 pages)
Penambahbaikkan Rekabentuk Alat Mengutip Buah Relai Kelapa Sawit Dengan Menggunakan Kaedah TRIZ 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (463kB)

Abstract

Kelapa sawit merupakan tanaman yang penting buat Malaysia sebagai penjana ekonomi negara dan juga merupakan kawasan tadahan hujan bagi negara ini. Namun begitu, lapangan ini tidak mendapat tarikan daripada generasi muda masa kini kerana kekangan teknologi di industri ini sendiri dan masih mengekalkan konsep tradisional dalam menjalankan proses mengutip buah relai kelapa sawit. Untuk pengetahuan umum, kandungan minyak di dalam buah relai lebih baik berbanding setandan kelapa sawit dan harganya lebih mahal. Oleh yang demikian, projek ini akan lebih menumpukan penambahbaikkan rekabentuk alat mengutip buah relai kelapa sawit. Dengan merujuk kepada objektif, alat mengutip buah relai ini akan ditambahbaik daripada sebuah sistem teknikal yang dipilih dan diaplikasikan konsep TRIZ ke atasnya untuk menjana sebuah idea yang lebih berinovasi dan sistematik. Ciri-ciri alat mengutip buah relai ini haruslah dikawal secara manual, mudah untuk digunakan dan dapat meningkatkan hasil produktiviti dan juga hasil kutipan buah relai ini. Penandaan aras ialah penggunaan konsep TRIZ dalam mengenalpasti punca masalah, kontradiksi yang berlaku dan hubungkait sesebuah teknikal sistem dengan komponen-komponennya serta produk yang digunakan. Kaedah lainnya ialah proses melukis menggunakan perisian berbantu computer CATIA. Selepas itu diteruskan dengan analisis menggunakan perisian berbantu CATIA juga untuk menentukan factor of safety dan juga nilai Von- Misses untuk beberapa komponen yang kritikal dan berkemungkinan berlaku kegagalan bahan. Kesimpulannya, projek ini dapat diselesaikan dengan penggunaan konsep TRIZ yang sistematik, inovasi dan baru dalam menyelesaikan maslah sehingga mampu menambahbaik sesebuah sistem teknikal menjadi sebuah alat yang berfungsi lain.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: TRIZ theory, Machine design, Product design
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Date Deposited: 06 May 2016 02:24
Last Modified: 06 May 2016 02:24
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16500

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year