Browse By Repository:

 
 
 
   

Prestasi Dan Emisi Enjin Diesel Menggunakan Minyak Masak Terpakai Pra-Pemanasan Sebagai Bahan Api

Fatin Afiqah, Johari (2015) Prestasi Dan Emisi Enjin Diesel Menggunakan Minyak Masak Terpakai Pra-Pemanasan Sebagai Bahan Api. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 pages)
Prestasi Dan Emisi Enjin Diesel Menggunakan Minyak Masak Terpakai Pra-Pemanasan Sebagai Bahan Api 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (248kB)

Abstract

Pembuangan miyak masak terpakai (MMT) adalah salah satu masalah pencemaran alam sekitar yang serius di Malaysia. Atas kesedaran ini, pengumpulan minyak masak terpakai sedang giat dijalankan di rata-rata negeri untuk diperbaharui semula. Pada masa yang sama, kajian terhadap minyak masak terpakai iaitu sejenis minyak sayuran yang boleh dimakan telah digunakan sebagai bahan api alternatif untuk enjin diesel. Dalam kajian ini, kelikatan minyak masak terpakai dikurangkan dengan menggunakan kaedah pra-pemanasan. Prestasi dan emisi ekzos pada enjin diesel satu silinder diuji menggunakan diesel dan minyak masak terpakai pra-pemanasan pada suhu 176 °C. Prestasi enjin seperti daya kilas dan kuasa brek meningkat apabila beban semakin meningkat. Penggunaan bahan api tentu brek (BSFC) semakin berkurang apabila beban bertambah. Emisi bagi CO2 yang dihasilkan oleh diesel lebih tinggi berbanding pra-pemanasan minyak masak terpakai. Pembakaran diesel adalah pembakaran yang lengkap berbanding pra-pemanasan minyak masak terpakai kerana kandungan CO2 yang tinggi. Pengeluaran HC bagi pra-pemanasan minyak masak terpakai adalah lebih tinggi berbanding diesel. Daripada keputusan yang diperoleh, kesimpulan yang boleh dibuat adalah kajian eksperimen terhadap pra-pemanasan minyak masak terpakai yang dipanaskan pada suhu tertentu boleh digunakan sebagai pengganti bahan api diesel untuk operasi enjin tanpa sebarang modifikasi yang besar pada enjin.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Biodiesel fuels -- Testing, Biodiesel fuels -- Effect of temperature on, Diesel motor -- Alternate fuels
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Date Deposited: 04 May 2016 02:43
Last Modified: 04 May 2016 02:43
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16437

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year