Browse By Repository:

 
 
 
   

Mereka Bentuk Dan Membangunkan Pemetik Buah Kelapa Berinovasi

Nur Irsyad, Mohamad Thani (2015) Mereka Bentuk Dan Membangunkan Pemetik Buah Kelapa Berinovasi. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 pages)
Mereka Bentuk Dan Membangunkan Pemetik Buah Kelapa Berinovasi 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (158kB)

Abstract

Laporan ini menghuraikan tentang proses mereka bentuk mata alat pemetik buah kelapa. Industri kelapa di Malaysia merupakan antara cabang penting dalam menjana ekonomi negara ini. Industri kelapa ini memerlukan transformasi dari segi teknologi penanaman, penuaian dan pemprosesan buah kelapa. Tujuan projek ini adalah mereka bentuk dan membangunkan pemetik buah kelapa berinovasi. Berfokuskan kepada inovasi dari segi penuaian, projek ini menumpukan kepada pembinaan mata alat pemetik buah kelapa. Laporan ini menyoroti kajian ilmiah dan dokumen lampau berkaitan dengan kajian terkini terhadap cara semasa peralatan pemetik buah-buahan. Laporan ini menerangkan kaedah digunakan untuk mereka bentuk, membuat dan pemilihan reka bentuk. Laporan ini juga akan menunjukkan proses penghasilan model pemetik buah kelapa. Lukisan secara terperinci akan dilakukan untuk menampakkan rupa bentuk sebenar mata alat ini serta analisis akan di lakukan untuk memastikan kesesuaian bahan yang akan dipadankan dengan alat ini. Kaedah tersebut digunapakai untuk membuktikan bahawa hasil kajian adalah tepat. Laporan ini juga menerangkan cara mekanisme ini berfungsi. Di akhir kajian ini, mata alat yang terbaik akan dijadikan model berdasarkan tujuan utama projek ini iaitu mereka bentuk dan membangunkan pemetik buah kelapa berinovasi.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Agricultural machinery -- Design and construction, Agriculture, Product design
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Date Deposited: 22 Apr 2016 03:08
Last Modified: 22 Apr 2016 03:08
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16328

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year