Browse By Repository:

 
 
 
   

Kesan Jenis Anak Gelombang (Wavelet) Di Dalam Pengesanan Kerosakan Gear Bagi Isyarat Getaran

Mohd Ridhwan, Abd Rahim (2015) Kesan Jenis Anak Gelombang (Wavelet) Di Dalam Pengesanan Kerosakan Gear Bagi Isyarat Getaran. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 pages)
Kesan Jenis Anak Gelombang (Wavelet) Di Dalam Pengesanan Kerosakan Gear Bagi Isyarat Getaran 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (6MB)

Abstract

Hampir semua mesin yang digunakan di industri melibatkan komponen mekanikal dan gear merupakan sejenis alat yang digunakan dengan meluas untuk menghantar dan memindahkan daya kilas. Setiap jenis gear mempunyai tahap ketahanannya sendiri dan apabila daya kilas diberikan secara berlebihan atau berterusan, ia akan memberikan tahap kecenderungan untuk gear mengalami kerosakan. Kebiasaannya, gigi gear akan menerima tekanan dalaman dan akan menyebabkan kelesuan pada gigi gear apabila meneriman beban beru1ang. Penggunaan gear rosak pada mesin akan memberikan kemudaratan pada kerja yang dilakukan serta memerlukan kos yang tinggi untuk dibaikpulih. Untuk mengatasi masalah ini, pemantauan dan penyelenggaraan gear boleh dilakukan bagi memantau keadaan gear di samping menjimatkan kos baikpulih. Kajian ini akan mengkaji jenis ibu gelombang di dalam pengesanan kerosakan gear bagi isyarat getaran. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis anak gelombang. Keperluan kepada pemilihan ibu gelombang yang mengesan kerosakan yang dikesan dalam isyarat amat penting agar pemantauan kerosakan pada gear dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Analisis ini akan menggunakan perisian MATLAB sebagai medium untuk menganalisis data. Data akan dianalisis menggunakan beberapa kaedah yang terdapat di dalam Jelmaan gelombang berterusan (CWT) dan jelmaan gelombang diskret (DWT). Setiap jenis kaedah analisis yang dilakukan akan menghasilkan keputusan yang berlainan. Kesimpulannya, pemilihan kaedah menganalisis amat penting bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Vibration -- Testing, Acoustical engineering
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Tarmizi Abdul Hadi
Date Deposited: 12 Apr 2016 08:37
Last Modified: 12 Apr 2016 08:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/16167

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year