Ahmad Syauqi, Hanas (2013) Peranti Pemadam Kebakaran Automatik Kenderaan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)
PDF (24 Pages)
Compact_Microstrip_Array_Antenna_Using_Electromagnetic_Band_Gap_(EBG).pdf - Submitted Version Download (565kB) |
|
PDF (Full Text)
Compact_Microstrip_Array_Antenna_Using_Electromagnetic_Band_Gap_(EBG).pdf - Submitted Version Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Projek ini bertujuan membina sistem pemadam kebakaran kenderaan secara automatik. Statistik kebakaran yang dikeluarkan oleh jabatan bomba dan penyelamat Malaysia pada tahun 2011 hingga jun 2012 menunjukan kebakaran kenderaan antara jumlah kes tertinggi selep as kebakaran banggunan dan lading/lalang. Jsteru itu satu sistem pemadam kebakaran automatik dicadangkan di dalam tesis ini. Melalui pemadam kebakaran automatik ini, kehadiran api dapat dipadamkan secara automatik. Secara terperinci, pemadam kebakaran ini mengandungi peranti elektronik yang menggunakan litar penguat pembanding, pengesan suhu dan pengesan cahaya yang ditempatkan di bahagian enjin kenderaan. Sebab utama pemadam kebakaran automatik ini diletakan di bahagian enjin kerana, bahagian enjin kenderaan merupakan bahagian yang berisiko tinggi mengalami kebakaran akibat dari kemalangan, penyengaraan kenderaan yang tidak sempurna dan pengubahsuaian kenderaan. Kajian menunjukan bahawa api wujud melalui kombinasi tiga faktor iaitu bahan api, oksigen dan haba. Tanpa kombinasi tiga faktor tersebut, api tidak akan wujud. Apabila pengesan suhu dan pengesan cahaya pada litar tersebut dapat mengesan kenaikan suhu dan pertambahan cahaya di bahagian enjin kenderaan, litar penguat pembanding akan mengaktifkan injap solenoid yang dipasangkan pada tangki pemadam kebakaran jenis debu kering. Debu kering akan disemburkan pada bahagian enjin yang mengalami kebakaran. Pemadam kebakaran berunsur debu kering merupakan pemadam kebakaran universal yang mampu memadamkan semua jenis kebakaran.
Item Type: | Final Year Project (Project Report) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Fire extinguishers, Fire extinguishing agents |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Library > Final Year Project > FKEKK |
Depositing User: | Jefridzain Jaafar |
Date Deposited: | 11 Nov 2014 12:24 |
Last Modified: | 28 May 2015 04:31 |
URI: | http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/13316 |
Actions (login required)
View Item |